Thursday, November 26, 2009

Pinjaman Bank Rakyat + ASB

Menyambung kepada catatan saya yang lepas berkenaan dengan pembiayaan peribadi Bank Rakyat. Mungkin ramai juga yang telah mendapat pembiayaan tersebut dan sekarang sedang membayar balik hutang tersebut. Agak panjang juga masa untuk menyelesaikan pinjaman tersebut, tetapi mahu atau tidak, terpaksalah mengharunginya selama 15 tahun akan datang.

Apa yang saya ingin berkongsi dengan anda semua ialah bagaimana pembiayaan peribadi tersebut digunakan untuk melabur dengan ASB. Kombinasi diantara pembiayaan peribadi dengan ASB dapat memendekkan tempuh bayaran balik. Jumlah pinjaman bergantung kepada kelayakan pinjaman dan kemampuan individu.

Sebagai contoh pinjaman sebanyak RM15K.

Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat : RM15K
Tempuh Pembiayaan : 15 tahun
Ansuran Bulan : RM156.00

Jumlah sepatutnya anda bayar : RM156 x 12 bulan x 15 tahun = RM28,080.00

Jumlah Pinjaman : RM15K
Proses & Fee 5% : RM15K x 5% = RM750.00
Payout 95% : RM15K x 95% = RM14,250.00

Anda akan menerima jumlah tunai sebanyak RM14,250.00. Masukkan kesemua wang tersebut kedalam buku pelaburan ASB anda. Sekarang anda sudah mempunyai pelaburan ASB sebanyak RM14,250.00. Sudah maklum bahawa sejauh ini dividen ASB tidak kurang dari 7% setahun, bagi mereka yang sudah melabur melebihi 10 tahun (jika saya tidak salah) ditambah dengan bonus yang ditetapkan. Dividen tahunan jangan dikeluarkan, dibiarkan dalam buku pelaburan dan ia akan menjadi jumlah pelaburan untuk tahun-tahun berikutnya.

Untuk memudahkan pengiraan, anggaplah dividen 7% setahun:
- tahun 1 - RM14,250 x 7% = RM997.50
- tahun 2 - RM14,250 + RM997.50 = RM15,247.50 x 7% = RM1067.30
- tahun 3 - RM15,247.50 + RM1067.30 = RM16,314.80 x 7% = RM1142.00
- tahun 4 - RM16,314.80 + RM1142.00 = RM17,456.80 x 7% = RM1221.95
- tahun 5 - RM17,456.80 + RM1221.95 = RM18,678.75 x 7% = RM1307.50
- tahun 6 - RM18,678.75 + RM1307.50 = RM19,986.25 x 7% = RM1399.00
- tahun 7 - RM19,986.25 + RM1399.00 = RM21,385.25 x 7% = RM1496.95
- tahun 8 - RM21,385.25 + RM1496.95 = RM22,882.20 x 7% = RM1601.75
- tahun 9 - RM22,882.20 + RM1601.75 = RM24,483.95 x 7% = RM1713.85
- tahun 10 - RM24,483.95 + RM1713.85 = RM26,197.80 x 7% = RM1833.85
- tahun 11 - RM26,197.80 + RM1833.85 = RM28,031.65


Setelah 10 tahun jumlah pelaburan ASB anda berjumlah RM28,031.65
Baki pinjaman RM156 x 12 bulan x 5 tahun = RM9,360.00
Langsaikan baki pinjaman RM28,031.65 - RM9,360.00 = RM18,671.65

Dengan melangsaikan baki pinjaman anda, anda dapat memendekkan tempuh pinjaman dari 15 tahun kepada 10 tahun. Baki pelaburan ASB anda masih berbaki RM18,671.65.

Bagaimana jika anda tidak berhasrat untuk melangsaikan baki pinjaman, tetapi ingin meneruskan pembayaran bulan sehingga selesai tempuh 15 tahun.

- tahun 11 - RM26,197.80 + RM1833.85 = RM28,031.65 x 7% = RM1962.20
- tahun 12 - RM28,031.65 + RM1962.20 = RM29,993.85 x 7% = RM2099.55
- tahun 13 - RM29,993.85 + RM2099.55 = RM32,093.40 x 7% = RM2246.50
- tahun 14 - RM32,093.40 + RM2246.50 = RM34,339.90 x 7% = RM2403.75
- tahun 15 - RM34,339.90 + RM2403.75 = RM36,743.65 x 7 % = RM2572.05
- tahun 16 - RM36,743.65 + RM2572.05 = RM39,315.70


Anda telah menyelesaikan pembayaran pinjaman dalam tempuh 15 tahun dan jumlah pelaburan ASB anda sekarang RM39,315.70. Sedia maklum bahawa pembayaran yang anda telah buat ialah sebanyak RM156 x 12 bulan x 15 tahun = RM28,080.00. Perbezaan sebanyak RM11,235.70, keuntungan yang diperolihi hasil dari pinjaman tersebut.

Selamat melabur.

Sunday, November 22, 2009

Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat

PEMBIAYAAN PERIBADI-i ASLAH

Kemudahan pembiayaan peribadi ini diperkenalkan untuk membantu individu-individu dalam menangani keperluan kewangan seperti membuat bayaran pendahuluan kereta / rumah, pembayaran kos pengubahsuaian rumah dan lain-lain keperluan kewangan.

Konsep

Bai-Al’inah

Kelayakan
  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 dan 55 tahun (58 tahun untuk kakitangan kerajaan)
  • Kakitangan kerajaan dengan pendapatan RM700.00
  • Kakitangan swasta dengan pendapatan RM1500.00
  • Kakitangan yang telah bekerja tidak kurang dari 6 bulan
Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan sehingga RM150,000.00* atau ansuran bulanan yang tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar bulanan.

Tempoh Bayaran Balik

Maksimum 15 tahun.

Cara Bayaran Balik
  • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).
  • Potongan Gaji Majikan (PGM).
  • Potongan Akaun Simpanan (PAS).
Penjamin
  • Satu (1) penjamin dari sektor kerajaan / swasta yang berkelayakan*.
  • Tanpa penjamin untuk kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat selama 3 tahun dan ke atas*.

  • *Terma Dan Syarat
Sumber: Bank Rakyat

Pinjaman wang dari bank, bukanlah satu cara menyimpan yang baik, sungguhpun begitu saya akan cuba tunjukkan bagaimana anda dapat menyimpan dengan wang hutang dari bank.

bersambung......

Thursday, November 19, 2009

Amanah Saham Nasional Berhad


Amanah Saham Nasional Berhad adalah salah satu sekim pelaburan amanah dibawah Perbadanan Nasional Berhad. ASN telah memulakan operasinya mulai 20 April 1981. Keuntungan dari ASN diperolihi dari modal saham yang berubah-ubah dan dividen tahunan. Satu sekim pelaburan yang berisiko rendah.

Maklumat Tabung
Nama Tabung: SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
Jenis: Pertumbuhan
Kategori: Ekuiti
Tarikh Pelancaran: 20 April 1981
Objektif:
Bagi menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.
Pelabur Sasaran:
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangka masa sederhana ke panjang
Kelayakan: Warganegara Malaysia Bumiputera 18 tahun ke atas
Pengurus Pelaburan: Permodalan Nasional Berhad

Maklumat Urusniaga:
Harga Seunit: Harga pembelian dan jualan adalah pada NAB seunit. Pemegang unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit
Bentuk Pelaburan:
- Buku Pelaburan
- Sijil
Pelaburan Permulaan Minima: Buku pelaburan 10 unit
Pelaburan Permulaan Minima: Buku pelaburan 1 unit, Sijil gandaan 1,000 unit
Pelaburan Maksima: Tiada had, tertaklum kepada peruntukan saiz tabung
Saiz Tabung: 2.5 billion unit
Caj Jualan: 5% dari NAB seunit
Pembayaran Jualan Balik: Serta mesta
Tahun Kewangan Berakhir: Disember 31

Prestasi Tabung:
Tahun berakhir 31 Disember 2006 2007 2008
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 5.50 6.25 5.50
Jumlah Pulangan (%) 35.60 28.03 34.04
NAB seunit tertinggi (RM) 0.8326 0.9979 0.5619
NAB seunit terendah (RM) 0.6144 0.7793 0.5919
Sumber: Petikan dari laporan tahunan Sekim Amanah Saham Nasional yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.

Sumber: ASNB

Friday, November 13, 2009

Amanah Saham Bumiputra Berhad

Amanah Saham Bumiputra Berhad atau ASB adalah satu sekim unit amanah dibawah Permodalan Nasional Berhad. ASB dilancarkan mulai 2hb Januari 1990 terbuka kepada kaum bumiputra. Sejauh ini ASB menunjukkan prestasi yang memberansangkan dimana dividennya tidak kurang dari 7% setahun, belum termasuk bonus.

Maklumat Tabung

Nama Tabung:
AMANAH SAHAM BUMIPUTRA(ASB)

Tarikh Pelancaran:
2hb Januari 1990

Objektif:
Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Pelabur Sasaran:
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.

Kelayakan:
Bumiputra Malaysia
- Akaun Dewasa - (18 tahun keatas)
- Akaun Remaja - ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun ke bawah).

Pengurus Pelaburan:
Permodalan Nasional Berhad

Maklumat Urusniaga:

Harga Seunit:
RM1.00

Bentuk Pelaburan:
- Buku Pelaburan
- Sijil

Pelaburan Permulaan Minima:
- Buku Pelaburan - 10 unit

Pelaburan Tambahan Minima:
- Buku Pelaburan - 1 unit
- Sijil - gandaan 1,000 unit

Pelaburan Maksima:
- Akaun Dewasa - 200,000 unit
- Akaun Remaja - 10,000 unit

Pembayaran Jualan Balik:
Serta merta

Tahun Kewangan Berakhir:
31 Disember

Prestasi Tabung:


















Sumber rujukan: ASNB