Friday, January 29, 2010

Pelaburan ASB - Mana Lebih Menguntungkan

Dividen ASB untuk tahun 2009 ialah sebanyak 7.3% dan bonus 1.5% untuk pelabur yang sudah melabur 10 tahun keatas. Sejauh ini dividen ASB tidak pernah kurang dari 7%. Dengan mengambilkira 7% sebagai kayu pengukur, strategi pelaburan bagaimana yang lebih menguntungkan. Mari kita lihat satu persatu.

TEMPUH BAYARAN BALIK:

A - Loan ASB dengan Bank AAA:
Jumlah pinjaman: RM100K
Tempuh pinjaman: 20 tahun
Ansuran pinjaman: RM619

Jumlah ASB anda 20 tahun akan datang RM276,744.58
Ansuran pinjaman RM619 x 12 bln x 20 thn = RM148,568
Keuntungan RM276,744.58 - RM148,568 = RM128,176.58

B - Loan ASB dengan Bank AAA:
Jumlah pinjaman: RM100K
Tempuh pinjaman: 25 tahun
Ansuran pinjaman: RM542

Jumlah ASB anda 25 tahun akan datang RM426,969.59
Ansuran pinjaman RM542 x 12 = RM6504 x 25 = RM162,600
Keuntungan RM426,969.59 - RM162,600 = RM264,369.59

Dari pengiraan diatas, pinjaman untuk tempuh panjang lebih menguntungkan.

BAYAR ANSURAN DARI DIVIDEN:

C - Ambil contoh A diatas:
Pengiraan ringkas:
- Ansuran pinjaman RM542 x 12 = RM6504 setahun
- Dividen ASB 7% x RM100K = RM7000 setahun
- Dividen RM7000 - RM6504 (ansuran setahun) = RM496 (baki dividen)
- Jumlah baki dividen RM496 x 20 tahun = RM9920
- Jumlah ASB 20 tahun akan datang RM100K(sijil) + RM9920 (baki dividen) = RM109,920

D - Ambil contoh B diatas:
Pengiraan ringkas:
- Ansuran pinjaman RM542 x 12 = RM6504 setahun
- Dividen ASB 7% x RM100K = RM7000 setahun
- Dividen RM7000 - RM6504 (ansuran setahun) = RM496 (baki dividen)
- Jumlah baki dividen RM496 x 25 tahun = RM12,400
- Jumlah ASB 20 tahun akan datang RM100K(sijil) + RM12,400 (baki dividen) = RM112,400

Dengan menggunakan dividen untuk pembayaran balik ansuran tahun berikutnya, jumlah ASB anda RM109,920, 20 tahun akan datang atau RM112,400, 25 tahun akan datang.

SIMPAN SENDIRI:

E - Simpan sendiri RM542 sebulan, selama 20 tahun
Simpanan setahun RM542 x 12 bln x 20 thn = RM130,080
Dividen 7% setahun untuk tempuh 20 tahun = RM146,664.58
Jumlah ASB anda 20 tahun akan datang RM276,744.58

F - Simpan sendiri RM542 sebulan, selama 25 tahun
Simpanan setahun RM542 x 12 bln x 25 thn = RM162,600
Dividen 7% setahun untuk tempuh 25 tahun = RM264,369.59
Jumlah ASB anda 25 tahun akan datang RM426,969.59

Kesimpulan:
- pinjaman untuk tempuh panjang lebih menguntungkan (B)
- menyimpan sendiri lebih menguntungkan berbanding dengan pinjaman bank (E) & (F)
- membayar pinjaman melalui dividen ASB tidak membebankan (C) & (D)

Nota: pengiraan menggunakan ASB Culculator, kecuali C & D

Wednesday, January 27, 2010

Over Draft dengan ASB

Bagaimana nak buat Over Draft. Ramai yang telah tahu dan masih ramai yang belum tahu dan ingin tahu. Sedia maklum bahawa Over Draft atau singkatannya OD adalah pinjaman bercagar yang ditawarkan oleh pihak bank. Diantara bank yang menawarkan OD ialah:

a) Maybank
b) RHBank
c) CIMBank

Setiap bank menawarkan margin pinjaman (MOF) yang berbeza-beza. Begitu juga dengan faedah yang dikenakan keatas pinjaman. Apa yang menarik tentang OD ialah faedah harian keatas pinjaman. Faedah akan ditolak dari akaun OD setiap bulan. Tiada had tempuh bayaran ditetapkan.

a) Maybank 90%(MOF) - BLR-0 (5.55%-0) = 5.55%
b) RHBank 95% (MOF) - BLR-1 (5.55%-1%) = 4.55%
c) CIMBank 90% (MOF) - BLR-1.65 (5.55%-1.65%) = 3.9%
(sila hubungi bank untuk maklumat terkini)

Kita sudah mengetahui bank-bank yang menawarkan OD, margin pinjaman dan faedah yang dikenakan. Minima margin pinjaman ialah sebanyak RM10,000. Bagi mereka yang mempunyai nilai cagaran yang besar, maka besarlah margin pinjaman yang diperolihi.

Minima cagaran untuk OD ialah sebanyak RM11K (RHB) atau RM12K (MAYBANK, CIMB). Apa yang perlu dibuat:

1) Buka akaun ASB, di Ibu Pejabat ASB atau mana-mana wakil ASB
2) Masukkan wang sejumlah RM11K atau RM12K
3) Tukarkan RM11K atau RM12K kepada sijil ASB, di Ibu Pejabat PNB (bayaran RM10 setiap sijil)
4) Fotokopi Sijil ASB, Buku akaun ASB, Kad Pengenalan
5) Buat permohonan OD dibank pilihan anda dengan membawa Sijil ASB, Buku akaun ASB, Kad Pengenalan dan fotokopinya (bank memerlukan fotokopi bersama borang permohonan)

Permohonan ada selesai. Anda cuma perlu menunggu kelulusan yang mengambil masa beberapa lama. Jika permohonan anda berjaya, anda diminta untuk menyerahkan Sijil ASB (asal), membuka akaun semasa (currence account) diberi buku cek dan ATM kad.

Kos yang terbabit:
- Bayaran sebanyak RM120 untuk mengendos Sijil ASB (oleh PNB)
- Bayaran untuk membuka akaun semasa (tidak tetap dan bayaran tersebut dimasukkan kedalam akaun semasa anda.

Anda perlu menunggu lagi beberapa lama sehingga urusan mengendos Sijil ASB selesai. Urusan ini dibuat oleh pihak bank. Setelah selesai pihak bank akan menyimpan Sijil ASB anda sebagai cagaran keatas pinjaman OD anda. Kebiasaannya proses ini mengambil masa selama 4 hingga 6 minggu. Wang OD anda sudah dimasukkan kedalam akaun semasa anda.

Anda boleh menggunakan wang OD dengan mengeluarkannya melalui ATM kad atau buku cek. Anda bolehlah berbelanja sakan, terpulangkan sikit atau banyak tetapi tidak melebihi had pinjaman (credit limit). Dari hari itu bermulalah pengiraan faedahnya.

Ingat....... wang OD bukan wang anda, wang OD adalah wang hutang. Jika anda bijak menggunakannya, anda beruntung..... jika sebaliknya anda akan menanggung hutang yang lebih besar.

Selamat berOD.

Monday, January 25, 2010

Over Draft

Ramai yang sudah tahu tentang OD atau Over Draft dan masih ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu biarlah saya terangkan dengan ringkas apa itu OD dan fungsi-fungsinya.

OD atau Over Draft adalah satu perkhidmatan dari pihak bank. OD merupakan pinjaman bercagar dari bank. Untuk mendapatkan OD, pemohon hendak mencagarkan tanah, rumah, sijil Fix Deposit, sijil ASB atau Sijil ASW. Wang yang boleh digunakan atau credit limit dari OD ialah sebanyak 90% - 95% dari nilai cagaran, tertakluk kepada bank-bank yang berkenaan.

Fugsi-fungsi OD:
- gunakan credit OD, tanpa menjejaskan wang cagaran
- pinjaman 90% - 95% dari nilai cagaran
- faedah keatas baki pinjaman
- bayaran bulanan keatas faedah harian
- boleh bayar faedah sahaja
- tiada had pembayaran balik

Bank-bank yang menawarkan OD:
- Maybank - 90% pinjaman dengan faedah BLR-0 (5.55%)
- RHBank - 95% pinjaman dengan faedah BLR-1 (5.55-1 = 4.55%)
- CIMBank - 90% pinjaman dengan faedah BLR-2 (5.55-2 = 3.55%)

OD sangat popular kepada kaum Cina khususnya peniaga dan usahawan. Dengan pembiayaan dari OD, mereka dapat mengembangkan perniagaan atau projek mereka. Kebiasaannya mereka menggunakan sijil Fix Deposit sebagai cagaran.

Bagi masyarakat Bumiputra sijil ASB /sijil ASW dijadikan sebagai cagaran. Ramai juga yang menggunakan wang OD untuk perniagaan atau projek mereka dan ramai juga yang menggunakan wang OD untuk dilaburkan dalam ASB / ASW semula.

Samada wang OD digunakan untuk perniagaan, projek atau dilabur dalam ASB / ASW, ianya memang menguntungkan. Mengapa tidak, faedah pinjaman 5.55%, manakala dividen ASB pula 8.55%, untung 3% dengan menggunakan wang bank.

Semoga anda mendapat manfaat dari catatan diatas.

Friday, January 15, 2010

Loan ASB Melalui EasyRHB

Pelaburan ASB melalui loan ASB EasyRHB. Maksima loan sebanyak RM100,000 dan tempuh bayaran baliknya selama 20 tahun. Apa yang menarik ialah jumlah pembayaran balik adalah rendah pada 5 tahun pertama, berbanding dengan tahun ke-6 dan seterusnya.

Sejauh ini EasyRHB cuma ada dua cawangan, satu di Taman Sri Gombak dan satu lagi di Senawang. Alamat EasyRHB Taman Sri Gombak adalah seperti dibawah:

EasyRHB,
Taman Sri Gombak, No. 50, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor
1-300-22-EASY(3279)
Contact Person: Daniel 016-3691593
Nana 017-6699904 AEON AU2 Setiawangsa
Muaz 012-9169846 Metro Point Kajang

Jadual pembayaran balik seperti dibawah:
















Pinjaman dari minima RM10,000 kepada maksima RM100,000. Sila hubungi EasyRHB untuk mengetahui jumlah kelayakan pinjaman, T&C dan sebagainya.

Kita ambil pinjaman RM100,000 sebagai contoh:
Ansuran pinjaman RM386 sebulan untuk 5 tahun pertama
Ansuran tahun pertama RM38 x 12 = RM4632 setahun
Dividen ASB 7% x RM100,000 = RM7000 setahun
Keuntungan dividen RM7000 - RM4632 = RM2368 setahun
Ansuran tahun berikutnya dibayar melalui dividen

Lima tahun akan datang:
anda cuma membayar ansuran tahun pertama sejumlah RM4632
ansuran tahun ke-2 hingga ke-5 dibayar melalui dividen
jumlah dividen terkumpul RM2368 x 5 = RM11,840
jumlah keuntungan RM11,840 - RM4632 = RM7208

Dengan bermodal RM4632, anda meraih keuntungan RM7208, dalam tempuh 5 tahun. Jika anda berpuas hati dengan jumlah tersebut.......... TERMINATE loan EasyRHB.........

Jika tidak, anda boleh teruskan sehingga 15 tahun lagi. Berapa jumlah anda perolihi jika anda meneruskan EasyRHB ini:

Ansuran tahun ke-6 RM636 sebulan
ansuran setahun RM636 x 12 = RM7632
dividen setahun RM100,000 x 7% = RM7000
ansuran tahun berikutnya dibayar melalui dividen ASB
anda perlu top-up RM632 setahun atau RM53 sebulan selama 15 tahun
jumlah perlu anda top-up ialah RM53 x 12 x 15 = RM9540
top-up diambil dari dividen selama 5 tahun lepas yang masih berbaki RM7208
RM9540 - RM7208 = RM2332 <- anda perlu top-up Perbelanjaan sebenar: Ansuran tahun pertama RM4632 <- dari gaji Bayaran ansuran top-up RM2332 <- dari gaji Bayaran ansuran dari div RM7208 <- dari dividen ASB Jumlah keseluruhan RM14,172 20 tahun akan datang sijil ASB RM100,000 menjadi milik anda hanya dengan bermodalkan RM4632 + RM2332 = RM6964....... plan untuk persaraan anda.....

Anda dinasihatkan untuk mengambil insuran bersama dengan pinjaman EasyRHB. Walau bagaimanapun insuran adalah pilihan, bukan kemestian.

Nota: Sila hubungi EasyRHB yang berhampiran untuk penerangan lanjut.

Wednesday, January 13, 2010

Pembiayaan Pelaburan ASB

Sekarang ini banyak bank-bank yang menawarkan pembiayaan pelaburan ASB. Ada yang menawarkan pembiayaan dengan tempuh pembayaran balik maksima 15 tahun sehingga 25 tahun. Tentu kita akan terfikir lebih panjang tempuh pembayaran balik, lebih banyak faedah harus ditanggung. Sudah tentu.... tetapi lebih panjang tempuh pembayaran balik bermakna kurang jumlah yang harus dilangsaikan setiap bulan.

Satu perkara lagi kita akan tertanya-tanya.... untung ke buat pinjaman ASB ni.... cuba kita lihat pengiraan ringkas dibawah....

Pembiayaan Pelaburan ASB dengan Maybank

- Jumlah pembiayaan RM40,000
- Tempuh bayaran balik 25 tahun
- Ansuran bulanan RM217

Ansuran setahun RM217 x 12 = RM2604
Dividen ASB 7% x RM40,000 = RM2800

Gunakan dividen ASB untuk membayar ansuran tahun berikutnya...
RM2800 - RM2604 = RM196 <- dividen masih berbaki

Selepas 25 tahun, anda mempunyai simpanan sebanyak RM40,000. Ini belum termasuk dividen yang masih berbaki setiap tahun, jika dividen itu tidak digunakan ianya berjumlah RM196 x 24 tahun = RM4704. Secara ringkasnya anda mempunyai wang sebanyak RM44,704 dengan hanya membayar ansuran tahun pertama sebanyak RM2604. Ansuran tahun-tahun berikutnya dibayar dengan dividen ASB..... UNTUNG atau TIDAK....

Bandingkan jika anda menyimpan setiap bulan dalam ASB sebanyak RM217 sebulan, selama 25 tahun. Berapa pula anda akan perolihi.....
RM217 x 12 bln = RM2604 x 25 thn = RM65,100. Jumlah bersama dividen RM170,945.39 ...... TETAPI anda perlu ingat, apakah anda mampu membuat simpanan tersebut sehingga 25 tahun......

Selamat melabur....

Saturday, January 2, 2010

Simpanan Dan Pelaburan Emas Fizikal

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini berkenaan dengan simpanan dan pelaburan dengan emas fizikal. Emas yang saya maksudkan ialah emas pelaburan seperti Dinar, Coin dan Bar. Gold Dinar ialah syiling emas yang diperbuat dari emas 916(22K), Gold Coin pula syiling emas yang diperbuat dari emas 999(24K), manakala Gold Bar dari emas 999(24K) berbentuk empat segi bujur, juga dikenali sebagai nugget atau jongkong emas.

Ada beberapa jenis emas fizikal yang berada dipasaran tempatan.
- Emas Perhiasan
- Gold Dinar
- Gold Coin
- Gold Bar/Nugget

Sudah pasti ramai yang sudah mengenali emas perhiasan, terutamanya kaum hawa. Walau bagaimanapun ia tidak tergolong didalam ketegori emas pelaburan. Ini adalah kerana kedai-kedai emas mengenakan potongan harga yang agak tinggi apabila emas perhiasan tersebut dijual semula kepada mereka. Potongan harga disekitar 15% - 25%. Ini adalah kerana emas perhiasan tersebut telah digunakan sebagai perhiasan dan belian balik ia diistilah sebagai emas terpakai (used gold)

Penyimpan dan pelabur emas fizikal memilik dinar, coin, bar untuk simpanan atau pelaburan. Perbezaan harga jual/beli yang rendah iaitu disekitar 3% - 11%, membuatkan ia menjadi pilihan penyimpan dan pelabur emas.

Mengapa emas menjadi pilihan kepada penyimpan dan pelabur emas ialah kerana kenaikan nilai emas agak memberansangkan. Emas adalah salah satu komoditi yang didagangkan dipasaran antarabangsa. Cuba kita lihat carta emas Kitco sepanjang tahun 2009.















Kijang Emas Coin adalah syiling emas 999(24K) yang dikeluarkan oleh BNM dan jual beli Kijang Emas coin boleh diperolihi dari Maybank (main branch) diseluruh Malaysia. Cuba kita lihat kenaikan nilai Kijang Emas sepanjang tahun 2009.

Nilai Kijang Emas 2/01/2009
1oz - selling RM3239 / buying RM3137
1/2oz - selling RM1650 / buying RM1568
1/4oz - selling RM840 / buying RM784

Nilai Kijang Emas 31/12/2009
1oz - selling RM3902 / buying RM3669
1/2oz - selling RM1989 / buying RM1835
1/4oz - selling RM1013 / buying RM917

Kenaikan nilai sebanyak RM3902 - RM3239 = RM663. Peratus kenaikannya sebanyak 20.46%. Kenaikan lebih dari dua kali ganda jika dibandingkan dengan dividen ASB sebanyak 7.3% + 1.25% = 8.55%.

Bagi anda yang ingin menambah potfolio pelaburan melalui Dinar Emas sila lihat dinar916.blogspot.com. Untuk menambah potfolio pelaburan dengan Gold Coin dan Gold Bar sila lihat pang5mato3.blogspot.com