Sunday, February 14, 2010

Labur ASB Dengan EasyRHB

Buat masa sekarang banyak bank-bank yang menawarkan pinjaman ASB dengan tawaran yang menarik. Pelabur juga harus melihat bahawa sekarang adalah masa yang terbaik untuk mengambil peluang pinjaman ASB kerana faedah rendah dibawah BLR 5.55%. Ada yang menawarkan faedah rendah sepanjang tempuh pinjaman dan ada yang menawarkan bayaran ansuran rendah berbeza diantara tahun-tahun awal dan tahun-tahun berikutnya.

Cuba kita lihat tawaran menarik dari EasyRHB.
> Pinjaman dari RM10K sehingga maksima RM100K.
> Lock-in period selama 2 tahun dengan penalty sebanyak 3%.
> Bayaran ansuran rendah membolehkan memohon amount pinjaman tinggi.
> Kelulusan pinjaman kurang dari 30 minit.
> Pemohon perlu membawa K/Pengenalan dan buku Akaun ASB.
> Umur pemohonan 18 tahun keatas.
> Bayaran balik pinjaman sehingga umur 60 tahun.
> Pemohon bebas dari CTOS/CCRIS
> Bayaran ansuran untuk 5 tahun pertama adalah lebih rendah dari tahun-tahun berikutnya.
> Komitmen rendah sebab bayaran ansuran yang rendah.
> Sesuai untuk pemohonan berumur kurang 40 tahun

Apa yang pelabur akan dapat??? Teruskan membaca....

Ansuran bulanan pinjaman ASB dari EasyRHB untuk tempuh 20 tahun. Ini bukan bermakna pelabur mesti meneruskan pembayaran sehingga 20 tahun. Pelabur boleh terminate selepas 3 atau 5 tahun tanpa penalty.

Jumlah Pinjaman || Ansuran 5 tahun Pertama || Ansuran Tahun Berikut
RM10K || RM39 || RM64
RM20K || RM77 || RM128
RM30K || RM116 || RM191
RM40K || RM155 || RM255
RM50K || RM193 || RM318
RM60K || RM232 || RM382
RM70K || RM271 || RM445
RM80K || RM309 || RM509
RM90K || RM348 || RM572
RM100K || RM386 || RM636

Mari kita lihat bayaran bulan dan pulangan dari dividen 7% untuk jumlah pinjaman dibawah. Pengiraan dibawah untuk tempuh 5 tahun. Anda dinasihatkan terminate EasyRHB diawal tahun ke-6. Ansuran pada tahun ke-6 dan berikutnya kurang menarik.

RM10K : RM39 x 12 x 5 = RM2340
Dividen 7% x RM10K = RM700 x 5 = RM3500

RM20K : RM77 x 12 x 5 = RM4620
Dividen 7% x RM20K = RM1400 x 5 = RM7000

RM30K : RM116 x 12 x 5 = RM6960
Dividen 7% x RM30K = RM2100 x 5 = RM10,500

Bayaran ansuran yang rendah membolehkan ramai yang mampu untuk membuat pinjaman. Jika boleh dapatkan pinjaman semaksima mungkin. Lebih besar ansuran bulan anda, lebih banyak anda melabur, lebih banyak anda melabur, lebih banyak keuntungan anda.

Peminjam dinasihatkan untuk mengambil insuren bersama dengan pinjaman tersebut. Ini untuk menjamin pinjaman tersebut dapat dijelaskan dan tidak akan membebankan pewaris, jika berlaku kecacatan kekal, atau kematian kepada peminjam. Bayaran insuren mengikut umur peminjam.

Untuk memohon pinjaman atau untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi EasyRHB yang berdekatan dengan tempat anda. Cawangan-cawangan Easy RHB adalah seperti dibawah:

Taman Sri Gombak, No. 50, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor
1-300-22-EASY(3279)

-Senawang
-Bandar Sri Permaisuri, Cheras,
-AEON AU2 (Jusco) Setiawangsa, Taman Keramat; (HP 017-6699904 - Nana)
-Dataran Puteri, Puchong;
-Taman Sri Manja, Petaling Jaya;
-Seksyen 6, Kota Damansara;
-Sentul Raya Boulevard, Sentul;
-Selayang Mall, Batu Caves;
-Seksyen U3, Shah Alam;
-Presint 15, Putrajaya;
-Jalan Pasar Baru, Semenyih;
-Jalan Sultan Abdul Samad, Banting.
-Metropoint Complex, Kajang (Depan Mydin) (HP 0129169846 - Muaz)

Catatan berkaitan > disini <
Table bayaran > disini <

Wednesday, February 10, 2010

Teknik Pelaburan ASB Dengan ASB Loan Maybank

Meminjam wang dari bank dapat memaksimakan pulangan dividen dengan bayaran ansuran yang rendah. Teknik ini sesuai untuk tempuh pinjaman yang panjang kerana dengan tempuh pinjaman yang panjang, bayaran ansuran bulan menjadi rendah. Pelabur dinasihatkan untuk memilih pinjaman dari bank yang menawarkan kadar faedah yang rendah dan tempuh bayaran yang panjang. Pilih jumlah pinjaman yang bersesuaian dengan kemampuan anda, ingat…. Anda terpaksa membuat bayaran ansuran setiap bulan sepanjang tempuh tanpa gagal.


Sejauh ini Maybank menawarkan pinjaman sehingga RM200K, tempuh pinjaman sehingga 25 tahun dengan kadar faedah BLR – 1.65% (5.55% - 1.65% = 3.9%), untuk pinjaman RM30K keatas.


A(1) – Bayaran ansuran pinjaman sehingga selesai

Pinjaman ASB RM200K, tempuh 25 tahun, bayaran bulan RM1070.

Jumlah bayaran RM1070 x 12 = RM12,840 x 25 = RM321,000

Jumlah dividen RM200K x 7% = RM14,000 x 25 = RM350,000

Jumlah ASB RM200K + RM350K = RM550K

Keuntungan RM550K – RM321K = RM229K

Peratus keuntungan: RM229K x 100 / 321K = 71.34% (25 tahun)


A(2) – Bayaran ansuran tahun pertama, tahun berikutnya dibayar dengan dividen

Pinjaman ASB RM200K, tempuh 25 tahun, bayaran bulan RM1070

Bayaran ansuran RM1070 x 12 = RM12,840

Dividen 7% x RM200K = RM14,000 <<>

Baki dividen RM14,000 – RM12,840 = RM1160

Baki dividen (kasar) RM1160 x 25 = RM29K

Jumlah ASB RM200K + RM29K = RM229K

Keuntungan (kasar) RM229K – RM12,840 = RM216,160

Peratus keuntungan: RM216,160 x 100 / 12,840 = 1683.49% (25 tahun)


Bagi mereka yang mampu membayar ansuran bulanan berterusan selama 25 tahun, jumlah ASB yang terkumpul ialah sebanyak RM550K. Bagi mereka A(2) pula ansuran bulan selama setahun (tahun pertama) sebanyak RM12,840, tahun-tahun berikutnya dibayar dengan dividen, jumlah ASB yang terkumpul ialah sebanyak RM229K, tetapi peratus keuntungan lebih tinggi.


Beruntunglah bagi mereka yang berkemampuan untuk mendapatkan loan ASB maksima RM200K. Jangan bimbang, Maybank menawarkan pinjaman dari RM10K sehingga maksima RM200K, jadi pilihlah jumlah pinjaman yang anda mampu membayarnya. Sebagai contoh pinjaman RM50K, tempuh 25 tahun, ansuran bulanan RM261. Pilih teknik A(2)


A(3) – Bayaran ansuran tahun pertama RM50K setiap tahun

Pinjaman RM50K, tempuh 25 tahun, ansuran bulanan RM261

Bayaran ansuran RM261 x 12 = RM3132

Dividen 7% x RM50K = RM3500

Baki dividen RM3500 – RM3132 = RM368

Baki dividen (kasar) RM368 x 25 = RM9200

Jumlah ASB RM50K + RM9200 = RM59,200

Kauntungan (kasar) RM59,200 – RM3132 = RM56,068

Peratus keuntungan RM59,068 x 100 / 3132 = 1790.16% (25 tahun)


Ulangi A(3) setiap tahun. Dengan ansuran bulanan yang rendah mengikut kemampuan anda, tetapi masih mampu untuk memaksiman ASB anda.


Pelabur juga dinasihatkan supaya mengambil insuran kerana jika perkara yang tidak diingini berlaku, baki pinjaman dapat dijelaskan oleh pihak insuran.


Rancang persaraan anda. Selamat melabur.


Nota: terma & syarat serta repayment table sila lihat >

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=LOA-Loans&cntTypeId=0&cntKey=LOA10.02&programId=LOA10-ASBFinancing&chCatId=/mbb/Personal/LOA-Loans