Thursday, March 11, 2010

Tawaran Menarik Dari Maybank

Invest in ASB unit trust with Maybank


A smart choice that's right for you

  • More than 400 branches nationwide
  • Fast and convenient transactions
  • Financial advice from qualified professionals
  • Cash prizes up to RM360,000 to be won*
  • Enjoy TreatsPoints rewards for every successful application*

Promotion ends 30 June 2010

Apply for ASB/ASB-i financing with Maybank/Maybank Islamic TODAY!

Grand Prize:

3 X Cash Prize RM50,000

Regional Prize:

9 X Cash Prize RM10,000

Consolation Prize:

120 X Cash Prize RM1,000

Note: 15 consolation prizes to be won every month for 8 months

Click here to find out if you are one of our lucky winners!

Find out about our NEW ASB Financing packages today!

View the monthly instalment repayment schedule

* Terms & conditions apply.

The Master Prospectus of the unit trust funds of ASNB dated June 30, 2009, the First Supplementary Master Prospectus dated July 31, 2009, and the Prospectus of Amanah Saham 1Malaysia dated July 7, 2009, have been registered with the Securities Commission and are available at any office of ASNB and its agents. Units will be issued upon receipt of the registration form as enclosed in the prospectuses. Before investing, please read and understand the content of the above prospectuses. Total return on the investments may go down as well as up. Past performances of the unit trust funds of ASNB are not guarantees of future performances. Before investing, kindly consider the fees and charges involved.

Sumber: http://www.maybank2u.com.my/

Tuesday, March 9, 2010

CIMB - BLR Naik Dari 5.55% Kepada 5.8%

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Kumpulan CIMB menjangkakan pertumbuhan pinjamannya meningkat 12 peratus tahun ini berbanding lapan peratus pada 2009, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Nazir Razak.

"Secara menyeluruh, kami menjangkakan pertumbuhan pinjaman meningkat 12 peratus manakala bagi Malaysia sebanyak 10 peratus.

"Tahun lepas, kami menganggarkan lapan peratus merentas rantau namun mencatatkan 11 peratus," katanya Isnin.

CIMB yang menjangkakan persekitaran yang lebih memihak kepadanya tahun ini, menjangkakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan merangsang permintaan untuk pinjaman selain gadai janji, pinjaman peribadi dan segmen kad kredit.

"Selain PKS yang akan meningkatkan pertumbuhan, momentum dalam gadai janji juga memacu pertumbuhan yang kukuh. Kejayaan dalam segmen pinjaman peribadi dan kad kredit juga akan menyumbang kepada peningkatan dalam pinjaman," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran "CIMB Twin Yield Income Investment Structured Product" di sini, Nazir berkata beliau yakin pertumbuhan pinjaman tidak akan terjejas meskipin kadar faedah dinaikkan.

Beliau juga mengumumkan bahawa CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank akan meningkatkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR), masing-masing sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.8 peratus, mulai esok.

Perubahan kadar itu adalah berikutan keputusan Bank Negara Malaysia menaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas.

Kadar simpanan dan deposit tetap bank juga akan dinaikan sebanyak 25 mata asas, katanya.

"Kami menyoong langkah Bank Negara mengembalikan kadar faedah pada tahap biasa memandangkan ekonomi semakin stabil dan mengembalikannya kepada penyimpan dan peminjam," katanya.

Beliau berkata perubahan kadar faedah itu tepat pada masanya.

Ditanya sama ada akan berlaku lagi peningkatan susulan keputusan itu, beliau berkata: "Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan Bank Negara. Namun penganalisis kami menjangkakan jumlah peningkatan antara 50 dan 75 mata asas tahun ini."

"Perniagaan susut enam peratus tahun lepas. Tahun ini kami menjangkakan ia dalam wilayah positif," katanya.

Beliau juga berkata Kumpulan itu akan memberi tumpuan terhadap menyepadukan platform serantau dan bukan pengambilalihan.

Nazir juga mengumumkan Kumpulan CIMB mempunyai modal pasaran berjumlah RM50 bilion hari ini.

"Kami berjaya dalam membangunkannya daripada RM5 bilion kepada RM50 bilion, dalam tempoh lima tahun," katanya.

Sementara itu, mengulas produk pelaburan baharu yang dilancarkan hari ini, Timbalan CEO, Pelaburan dan Perbendaharaan Kumpulan CIMB, Datuk Lee K. Kwan berkata produk pelaburan berstruktur itu menyasarkan pembayaran pulangan pendapatan tetap tahunan pada purata kumulatif minimum 4.88 peratus setiap dwitahunan selama 10 tahun.

"Ia juga berpotensi memperoleh pulangan tambahan tahunan berubah dengan purata kadar pulangan dividen 0.90 peratus, diselaraskan dengan perubahan harga asas yang tidak tetap," katanya.

Produk baharu itu menawarkan para pelabur keselesaan kerana mengetahui 100 peratus prinsipal dibayar balik pada tarikh-tarikh panggilan produk itu.

"Ia juga disokong dengan potensi tambahan penguasaan kepakaran serantau Kumpulan CIMB dengan kehadirannya di negara Asia Tengagra serta prtumbuhan China berdasarkan rujukan komoditi," katanya.

Pulangan dua hasil produk itu dan bukan satu menerusi pulangan pendapatan tetap kumulatif berdasarkan Nota Subordinat penarafan AA3 Kumpulan (penarafan oleh Agensi Penarafan Malaysia) dan dividen berasaskan ekuiti boleh ubah di mana Kumpulan itu mempunyai kedudukan yang baik dalam pasaran.

Lee berkata pelaburan minimum ialah RM250,000 dan dalam gandaan RM5,000 selepas itu.

-- BERNAMA

Monday, March 8, 2010

ASB - Simpanan Bulanan

Assalamualaikum....

Agak lama juga saya tak update blog, sibuk sikit sejak kebelakangan ini. Catatan kali ini ialah berkenaan dengan simpanan bulanan dalam ASB, tidak melibatkan dengan pinjaman dengan mana-mana bank dan sebagainya. Oleh itu ia tidak terlibat dengan pembayaran balik bulanan, faedah pinjaman dsb.

Teknik ini boleh digunapakai oleh mereka-mereka yang tidak berkelayakan untuk mendapat pinjaman dari bank, atau tidak mahu berhutang. Mungkin teknik ini boleh digunapakai untuk mengumpul sejumlah wang bagi tempuh masa panjang dan hasilnya sebagai plan persaraan sendiri.

Pengiraan dibawah adalah berdasarkan dividen 7% setahun. Simpanan RM200 sebulan.

Simpanan Bulanan || Tempuh || Jumlah
RM200 || 1 tahun || RM2,491.00
RM200 || 5 tahun || RM14,325.09
RM200 || 10 tahun || RM34,416.77
RM200 || 15 tahun || RM62,596.39
RM200 || 20 tahun || RM102,119.77
RM200 || 25 tahun || RM157,553.35
RM200 || 28 tahun || RM201,017.95

Dengan simpanan RM250 sebulan.

Simpanan Bulanan || Tempuh || Jumlah
RM250 || 1 tahun || RM3,113.75
RM250 || 5 tahun || RM17,906.36
RM250 || 10 tahun || RM43,020.96
RM250 || 15 tahun || RM78,245.49
RM250 || 20 tahun || RM127,649.71
RM250 || 25 tahun || RM196,941.69

Pengiraan diatas berdasarkan jika dividen tidak dibawa keluar atau digunakan. Sama sebagaimana potongan KWSP @ EPF, ia cuma boleh dikeluarkan apabila mencapai umur bersara.

Jika diperhatikan, pulangan untuk tempuh setahun adalah kecil, tetapi menjadi semakin besar untuk tempuh yang lebih panjang. Sebagai contoh, mari kita lihat simpanan RM200 sebulan.

Simpanan RM200 sebulan x 12 bulan = RM2400.00
Pulangan RM2491 - RM2400 = RM91 setahun = 3.79%

Simpanan RM200 sebulan x 12 x 15 = RM36,000
Pulangan RM62,596.39 - RM36,000 = RM26,596.39 = 73.87%

Simpanan RM200 sebulan x 12 x 25 = RM60,000
Pulangan RM157,553.35 - RM60,000 = RM97,553.35 = 162.58%

Kesimpulannya, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Teruskan menyimpan.

p/s: Pelaburan tambahan ASB sehingga RM200K, cuma dividen & bonus sahaja boleh dimasukkan kedalam buku akaun selepas itu.