Thursday, May 27, 2010

Wajarkah Melabur ASB Dengan Pinjaman Bank

Maybank adalah salah satu bank yang menawarkan pinjaman ASB. Maybank mengenakan faedah BLR 6.05% - 1.65% = 4.4% bagi pinjaman ASB berjumlah RM30K keatas. Kadar faedah ini bermula 18 Mei, 2010 yang lepas. Tempuh bayaran balik pula sehingga 25 tahun atau sehingga umur 60 tahun. Dengan tempuh bayaran balik panjang, ansuran bulan menjadi lebih rendah. ASB Repayment table boleh dilihat disini.

Persoalannya, adakah menguntungkan menyimpan dengan pinjaman ASB. Mari kita lihat perkiraan dibawah dengan mengambil kira dividen ASB @ 7% setahun.

Pinjaman RM30K
Tempuh 25 tahun
Ansuran Bulanan RM167.00
Bayaran setahun RM167 x 12 = RM2004
Dividen setahun RM30K x 7% = RM2100 setahun
Keuntungan RM2100 - RM2004 = RM96

Dari perkiraan diatas dapat dilihat bahawa pulangan dividen melebihi dari bayaran yang dibuat, jadi dengan sendiri terjawablah persoalan diatas. Sedia maklum bahawa pinjaman ASB melibatkan faedah yang mesti dibayar bersama dengan pokok pinjaman, ini bermakna peminjam mesti membayar lebihan itu, bagaimana jika simpan sendiri.....

Simpan sendiri RM167 x 12 = RM2004
Dividen @ 7% dari simpanan ialah RM75.99 setahun

Dari perbandingan diatas, dengan RM167.00 sebulan, simpan sendiri menghasilkan dividen RM75.99 setahun, manakala melalui pinjaman dapat menghasilkan keuntungan sebanyak RM96.00, 26.33% lebih dari simpan sendiri.

Jika anda berkemampuan untuk menyimpan / membuat pembayaran balik dengan jumlah yang lebih besar, bolehlah membuat pinjaman yang lebih besar. Semuanya bergantung kepada kemampuan individu.

Diantara teknik yang terbaik ialah teknik membayar ansuran pinjaman pada tahun pertama sahaja, manakala ansuran pinjaman untuk tahun-tahun berikutnya dibayar dengan dividen.

Pinjaman RM50K
Tempuh 25 tahun
Ansuran bulanan RM277.00
Bayaran setahun RM277 x 12 = RM3324
Dividen @ 7% x RM50K = RM3500
Lebihan dividen setelah ditolak ansuran RM3500 - RM3324 = RM176
Ulangi kaedah ini sehingga pinjaman selesai

Dividen digunakan utk membuat pembayaran balik bulanan tahun-tahun berikutnya, dan masih berbaki RM176. Jumlah ini menjadi RM4,224 pada 24 tahun akan datang. Jumlah ASB anda setelah pinjaman selesai ialah RM50K + RM4,224 = RM54,224, dengan hanya bermodakan RM3324 sahaja (ansuran tahun pertama). Kadar keuntungan ialah sebanyak 1531.28% atau 61.25% setahun.

Yang menariknya, gaji untuk tahun kedua kembali normal. Ia boleh digunakan untuk perbelanjaan lain atau teruskan menyimpan dalam ASB. Jika ini dilakukan, ASB anda akan bertambah- tambah lagi.

Friday, May 21, 2010

Maybank - ASB Financing 4.4%

Berikutan dengan kenaikan OPR dari Bank Negara, Maybank telah menaikkan kadar BLR dari 5.8% kepada 6.05%. Walau bagaimana pun kadar pinjaman ASB dikekalkan dengan BLR - 1.65%, menjadikan kadar faedah pinjaman ASB bagi peminjam yang baru ialah 4.4%.

Bagi peminjam terdahulu, mungkin masih kekal dengan bayaran ansuran bulanan sebagaimana biasa, tetapi tempuh bayaran balik dipanjangkan untuk menampung kenaikan kadar BLR tersebut.

Jadual pembayaran balik yang baru dengan kadar faedah BLR 6.05% - 1.65% = 4.4%, boleh dilihat disini > ASB repayment table

Saturday, May 15, 2010

Maybank - ASB Financing-i


ASB Financing-i

Mungkin ramai yang sudah mengetahui dan sudah pun membuat pinjaman ASB dan mungkin ada juga yang belum berbuat demikian. Apa yang menarik yang akan saya kongsikan disini ialah berkenaan dengan pinjaman ASB Maybank, ASB Financing-i

Diantara yang menariknya ialah:

1. Pinjaman secara Islamic
2. Tempuh bayaran balik yang panjang - 25 tahun
3. Individu yang berumur 18 tahun keatas
4. Pinjaman dari RM10,000 sehingga RM400,000, tertakluk kepada had yg dibenarkan oleh PNB
5. Kadar faedah pinjaman BLR-1.65%
6. Tidak memerlukan slip gaji jika pinjaman dibawah RM50,000

Untuk maklumat lanjut sila lawati web Maybank2u.com

Jaduan bayaran balik boleh dilihat disini

Dari jaduan bayaran balik, pinjaman sebanyak RM50,000 untuk tempuh 25 tahun, bayaran bulanannya sebanyak RM270 (tidak termasuk insuran). Ada beberapa kaedah pembayarannya. Mari kita banding-bandingkan:

A. Membayar ansuran bulanan setiap bulan sehingga tamat tempuh 25 tahun

Ansuran bulanan RM270 x 12 bulan x 25 tahun = RM81,000
Pulangan dividen ASB @ 7% x RM50,000 x 25 tahun = RM87,500

Pada tahun ke-26, sijil ASB RM50,000 adalah milik anda bersama dividen terkumpul RM87,500, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM137,500, dengan bermodalkan RM81,000. Anda telah membuat keuntungan sebanyak RM137,500 - RM81,000 = RM56,500, iaitu sebanyak 69.75%

B. Membayar ansuran tahun pertama dari wang gaji/sendiri, ansuran tahun berikutnya dibuat dengan wang dividen ASB

Ansuran bulanan tahun pertama RM270 x 12 = RM3240
Pulangan Dividen tahun pertama @ 7% x RM50,000 = RM3500

Dividen ASB mencukupi untuk menjelaskan bayaran ansuran tahun berikutnya. Masih berbaki sebanyak RM260. Ditahun ke-26, anda akan menerima sijil ASB RM50,000 bersama lebihan dividen terkumpul sebanyak RM260 x 25 tahun = RM6500, menjadikan jumlah keseluruhannya RM56,500, bermodalkan RM3240. Jumlah keuntungan RM56,500 - RM3240 = RM53,260 bersamaan dengan 1643.82%

Tahun berikutnya gaji B kembali normal, beliau menggunakannya untuk pinjaman kedua, juga sebanyak RM50,000. Beliau menggunakan kaedah yang sama. Tahun ketiga dan keempat B membuat pinjaman ketiga dan keempat. Jumlah pelaburan ASB beliau sekarang meningkat kepada RM200,000 (had maksima pelaburan)

Untuk keempat-empat pinjaman, B cuma membayar ansuran RM270 sebulan, selama 4 tahun. Jumlah wang yang dikeluarkan dari wang gaji ialah RM270 x 12 bulan x 4 tahun = RM12,960. Setelah pembayaran selesai 26 tahun akan datang, B akan menerima sijil ASB RM50,000 selama 4 tahun berturut-turut, menjadikan jumlahnya RM200,000, dicampur dengan lebihan dividen RM260 sebulan x 4 x 25 tahun = RM26,000, menjadikan jumlah keseluruhannya RM226,000. Peratus keuntungan B sebanyak 1643.82%

Long term plan - rancang persaraan anda.....

Nota: Angka-angka diatas adalah berdasarkan jadual pembayaran balik dengan kadar BLR 5.8% - 1.65% = 4.15%. Dividen ASB sebagai andaian @ 7% setahun.

Thursday, May 13, 2010

BLR Naik Julai ini

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia tidak nampak sebarang ancaman serius penularan daripada krisis hutang Eropah memandangkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh dan tahap hutang kerajaan yang rendah iaitu sebanyak dua peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

"Bagaimanapun, sekiranya ia menular kepada ekonomi-ekonomi membangun yang lain dan menjadi tidak terkawal, kita perlu menilai semula keadaan," kata Zeti semasa taklimat untuk media di sini Khamis.

"Sistem perbankan kita tidak terlalu terdedah kepada hutang di Eropah," katanya.

Menurut Zeti, Malaysia akan terus menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dalam suku-suku akan datang.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama, katanya, sambil menambah bahawa ramalan setahun penuh bagi KDNK akan diumumkan dalam bajet akan datang.

Zeti berkata dasar monetari mengenai kadar faedah terus bersifat menyokong bagi menggalakkan pertumbuhan, manakala inflasi berkemungkinan kekal rendah.

Kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 25 mata asas hari ini kepada 2.5 peratus sebagai langkah ke arah penstabilan keadaan monetari selanjutnya.

Keputusan dasar berikutnya akan dibuat pada Julai tahun ini.

Mengenai ringgit, Zeti berkata pengeksport tidak harus bergantung kepada kadar pertukaran mata wang untuk berdaya saing.

Kenaikan nilai ringgit bukanlah sesuatu yang benar-benar membimbangkan, katanya sambil menambah bahawa mata wang tempatan itu berada dalam arah aliran menurun dalam dua tahun kebelakangan ini.

-- BERNAMA

Monday, May 10, 2010

Memaksimakan ASB

Sedia maklum bahawa had pelaburan seorang pelabur ASB ialah sebanyak RM200K. Sudah ramai pelabur yang sudah mencapai had pelaburan maksima dan masih ramai juga yang belum. Bagi mereka yang sudah mendapai had pelaburan maksima akan menerima dividen RM14,000 setiap awal tahun. Jumlah ini dengan andaian dividen 7% setahun. Bagi mereka yang sudah melabur lebih dari 10 tahun sudah tentu lebih dari itu kerana mereka dibayar dividen + bonus.

Dengan simpanan/pelaburan sebanyak RM200 sebulan, sudah tentu memerlukan masa yang agak lama untuk mencapai jumlah pelaburan RM200K. Perkiraan saya ia memerlukan tempuh 28 tahun jika sekiranya dividen tidak diusik/dikeluarkan.

Saya akan tunjukkan bagaimana tempuh 28 tahun itu boleh dipendekkan.

Maybank menawarkan pinjaman ASB dengan tempuh bayaran balik sehingga 25 tahun. Dengan tempuh bayaran balik panjang, bermakna bayaran ansuran bulan menjadi rendah. Kita ambil pinjaman ASB RM40K sebagai contoh.

Pinjaman RM40K, tempuh bayaran balik 25 tahun, ansuran bulanan RM214 (tidak termasuk insuran)

- bayaran balik bulanan RM214 x 12 = RM2568 setahun
- dividen @ 7% x RM40K = RM2800

Dividen RM2800 mencukupi untuk bayaran balik pinjaman untuk tahun berikutnya.

- dividen ASB RM2800 - RM2568(pinjaman) = RM232(lebihan dividen)

Ini bermakna dengan menggunakan dividen bagi menjelaskan bayaran bulan tahun berikutnya, gaji anda tidak terjejas - kembali normal. Buat pinjaman baru RM40K, setiap tahun x 5 tahun. Sebelum membuat pinjaman ke-5, keluarkan jumlah ASB dari buku ASB, tinggalkan RM10 sahaja, ini untuk membolehkan had pelaburan tidak melebihi dan pinjaman RM40K dapat diluluskan. Disarankan setiap pinjaman dibuat pada bulan November/Disember, menganggarkan bayaran ansuran pertama pada bulan Januari.

- tahun 1, pinjaman RM40K, tahun pertama bayar dengan gaji, tahun berikutnya dengan dividen
- tahun 2, pinjaman RM40K, tahun pertama bayar dengan gaji, tahun berikutnya dengan dividen
- tahun 3, pinjaman RM40K, tahun pertama bayar dengan gaji, tahun berikutnya dengan dividen
- tahun 4, pinjaman RM40K, tahun pertama bayar dengan gaji, tahun berikutnya dengan dividen
- tahun 5, pinjaman RM40K, tahun pertama bayar dengan gaji, tahun berikutnya dengan dividen

Bayaran ansuran bulanan RM214 selama 5 tahun dibuat dari gaji anda. Jumlah ansuran selama 5 tahun x RM214 x 12 = RM12,840. Jumlah ASB anda ditahun ke-5 RM200K. Dividen yang bakal anda terima diawal tahun ke-6 sebanyak RM14K.

Ditahun ke-6, gaji anda kembali normal, anda boleh meneruskan simpanan/pelaburan dalam ASW pula. Dividen ASW +-6% setahun.

Kesimpulannya, dengan simpanan RM214 sebulan, anda mampu untuk memaksimakan ASB anda dalam tempuh 5 tahun. Cuma bayaran bulanan tahun pertama untuk setiap pinjaman dibuat dengan wang gaji/sendiri, ansuran tahun-tahun berikutnya dibuat dengan dividen.

Semoga dapat memanfaatkan pengunjung blog ini.

Tuesday, May 4, 2010

Overdraft - Minima

Anda mempunyai wang simpanan sebanyak RM11K/RM12K. Dengan wang sebanyak ini sudah mencukupi untuk mendapatkan OD (Overdraft). Catatan saya sebelum ini adalah salah satu cara bagaimana mendapatkan RM11K/RM12K dengan cepat.

Bagaimana proses untuk mendapatkan fasiliti OD. Sayugia dimaklumkan bahawa OD bukan skim cepat kaya....... OD adalah tools yang membolehkan simpanan/pelaburan anda bertambah dengan lebih cepat.

Dimana anda hendak membuka akaun OD. Anda boleh memilih samada dengan Maybank, RHBank atau CIMBank. Margin pinjaman (margin of finance) dan kadar faedah (intrest rate) yang berbeza-beza bagi ketiga-tiga bank tersebut.

Bank || MOF || Intrest
Maybank || 95% || BLR-0%
RHBank || 95% || BLR-1%
CIMBank || 90% || BLR-1.65%

BLR ialah kadar faedah yang dikeluarkan oleh BNM. BLR sekarang ialah 5.8%pa (Mei 2010). Ini bermakna kadar faedah OD bagi bank-bank tersebut seperti dibawah:

Maybank - 5.8%-0% = 5.8%pa
RHBank - 5.8%-1% = 4.8%pa
CIMBank - 5.8%-1.65% = 4.15%pa

Sijil ASB adalah sebagai cagaran kepada jumlah pinjaman (melalui OD). Minima jumlah pinjaman oleh bank ialah sebanyak RM10K. Dengan margin pinjaman 95%, cagaran yang diperlukan ialah sebanyak RM11K, untuk margin pinjaman 90% memerlukan cagaran RM12K. Terpulang kepada anda samada memilih margin pinjaman yang tinggi (95%) dengan kadar faedah yang tinggi (BLR-0% atau BLR-1%); atau margin pinjaman yang rendah (90%) dengan kadar faedah yang rendah (BLR-1.65%)

Apa perlu and buat dengan sejumlah wang seperti diatas:

1. Wang sebanyak RM11K/RM12K dimasukkan dalam ASB, atau sudah berada dalam akaun ASB

2. Bawa buku akaun ASB ke cawangan PNB yang berhampiran untuk urusan penukaran bentuk dari buku kepada sijil ASB

3. Ambil nombor giliran, isi borang penukaran bentuk.... apabila nombor giliran anda dipanggil, sila kekaunter berkenaan > proses ini hanya beberapa minit sahaja. Bayaran sebanyak RM10 dikenakan keatas satu sijil. Buku pelaburan berserta sijil ASB akan diserahkan kepada anda. Nilai sijil ASB anda RM11K/RM12K (jumlah ini adalah sama dengan jumlah yang anda tuliskan dalam borang penukaran bentuk). Jumlah didalam buku ASB anda akan berkurangan sama dengan sijil ASB

4. Bawa sijil ASB, buku ASB dan kad pengenalan ke bank pilihan anda untuk memohon fasiliti OD /ASB. Sebelum itu sila sediakan fotokopi ketiga-tiga diatas (sijil, buku, K/P). Anda diminta mengisi borang permohonan. Bank akan mengambil fotokopi diatas. Permohonan selesai. Tunggu 1 ke 2 minggu untuk kelulusan.

5. Jika lulus, anda akan dihubungi oleh bank. Sila bawa sijil ASB (asal) untuk diserahkan kepada bank. Sijil ASB ini akan diendose oleh PNB sebagai cagaran. Bayaran mengendose sebanyak RM100. Anda diminta membuka akaun semasa (currence akaun), bayarannya bergantung kepada bank. Anda akan mendapat akaun semasa, buku cek dan ATM kad.

6. Tunggu 3 ke 4 minggu sehingga wang masuk ke akaun OD anda. Setelah wang masuk ke akaun OD.... bermulalah era berOD....

Selamat berOD....

Monday, May 3, 2010

Simpan Sendiri vs Loan ASB

Mari kita lihat perbandingan diatara menyimpan sendiri dalam ASB berbanding dengan menyimpan melalui pinjaman ASB dari EasyRHB.

Si A menyimpan sebanyak RM220 setiap bulan mulai bulan Januari didalam ASB, jumlah simpanan beliau pada bulan Disember ialah sebanyak RM2640. Berapa jumlah simpanan Si A setiap tahun sehingga tahun ke-5, jika dividen sebanyak 7% setahun, tidak dikeluarkan...... mari kita lihat....

Tahun || Simpanan || Simpanan + Dividen
satu || 2640.00 || 2740.10
dua || 2740.10 || 5672.01
tiga || 5672.01 || 8809.15
empat || 8809.15 || 12,165.89
lima || 12,165.89 || 15,757.60

Jumlah ASB Si A berjumlah RM15,757.60.
Jumlah wang yg disimpan oleh beliau ialah sebanyak RM220 x 12 x 5 tahun = RM13,200
Lebihan sebanyak RM15,757.60 - RM13,200 = RM2557.60, berbanding simpanan dibawah bantal.

Si B pula menyimpan melalui pinjaman ASB melalui bank - EasyRHB. Jumlah pinjaman beliau ialah sebanyak RM50K. Bayaran bulanan untuk lima tahun pertama ialah sebanyak RM203.84 + insuran = RM220 sebulan. Tempuh pinjaman ialah selama 20 tahun. Berapa pula jumlah simpanan Si B, lima tahun akan datang........ mari kita lihat.......

Tahun || Loan EasyRHB || Dividen
satu || 50,000 || 3,500
dua || 53,500 || 7,245
tiga || 60,745 || 11,252.15
empat || 71,998.15 || 15,539.80
lima || 87,537.95 || 20,127.59

Jumlah dividen terkumpul didalam buku ASB Si B ialah sebanyak RM20,127.59
Jumlah yang dibayar oleh Si B ialah RM220 x 12 x 5 tahun = RM13,200
Lehihan sebanyak RM20,127.59 - RM13,200 = RM6927.59, berbanding simpanan dibawah bantal

Dapat dilihat disini bahawa pelaburan ASB melalui pinjaman ASB dari EasyRHB, lebih menguntungkan dibandingkan dengan simpanan sendiri.

Cepat dapatkan pinjaman ASB dari EasyRHB sebelum peruntukan pinjaman habis atau dana ASB penuh...... hahaha......

Selamat melabur.....