Tuesday, August 24, 2010

Maksimakan ASB Dengan RM284 Sebulan

Maybank menawarkan pinjaman ASB yang agak menarik. Ini adalah kerana tempuh pembayaran baliknya sehingga 25 tahun atau sehingga umur 60 tahun. Tempuh pembayaran balik panjang bermakna bayaran ansuran bulan menjadi rendah.

Dengan peruntukan sebanyak RM284 sebulan, anda boleh gunakan untuk membuat pembayaran balik bulanan keatas loan ASB RM50K. Sila lihat jadual pembayaran balik disini.

Mari kita lihat pengiraan ringkas simpanan @ pelaburan ASB melalui loan Maybank:
Jumlah pinjaman: RM50K
Tempuh bayaran balik: 25 tahun
Bayaran bulanan: RM284 sebulan

Pembayaran balik setahun RM284 x 12 bulan = RM3408
Pulangan dividen @ 7% x RM50K = RM3500
- dividen mampu untuk membayar balik ansuran untuk tahun ke-2
- gaji anda akan kembali normal di tahun ke-2
- akhir tahun, buat loan ke-2 sebanyak RM50K
- buat loan ke-3 dan ke-4 untuk tahun-tahun berikutnya
- sebelum buat loan ke-4, keluarkan baki didalam buku ASB ketempat lain (ASW, TH dsb)
- ini untuk membolehkan loan ke-4 RM50K masuk ke akaun ASB anda - harap maklum bahawa maksima pelaburan ASB untuk seorang pelabur ialah sebanyak RM200K

Ringkasan:
- Bayaran bulan sebanyak RM284 sebulan untuk tempuh 4 tahun
- ASB anda berjumlah RM50K - tahun pertama, RM100K - tahun kedua, RM150K - tahun ketiga, RM200K - tahun keempat
- Dividen tahun pertama RM3500, tahun kedua RM7000, tahun ketiga RM10,500, tahun keempat RM14,000
- Tahun kelima gaji anda akan kembali normal, keempat-empat loan dibayar dengan dividen ASB

Dengan andaian dividen ASB 7% ditahun kelima, dividen yang bakal diperolihi ialah sebanyak RM200K x 7% = RM14,000 setahun.

Dengan andaian bayaran balik pinjaman sebanyak RM284 sebulan untuk keempat-empat loan, bayaran balik sebanyak RM284 x 4 = RM1136 sebulan atau RM12,632 setahun.

Pengiraan diatas adalah sebagai contoh, anda boleh memilih jumlah pinjaman mengikut jumlah pembayaran balik yang anda mampu. Jika akan memilih pinjaman sebanyak RM40K, ia memerlukan tempuh 5 tahun untuk memaksimakan ASB anda.

Teruskan menyimpan aka melabur.....

Nota: Angka-angka diatas adalah andaian sahaja. Sejauh ini dividen ASB tidak kurang dari 7% setahun. Faedah pinjaman dari bank juga akan berubah-ubah dari masa kesemasa mengikut kadar blr semasa. Kadar pinjaman ASB Maybank sekarang ialah BLR 6.3% - 1.65% = 4.65%

Saturday, August 21, 2010

Terbaik Dari EasyRHB

Berapa banyak simpanan bulanan anda??? Dimana anda menyimpan??? Berapakah pulangan yang bakal anda terima dari simpanan anda itu???


Segala-galanya bergantung kepada banyaknya simpanan bulanan anda dan dimana ada menyimpan....

Apa yang saya ingin berkongsi disini ialah simpanan aka pelaburan dengan ASB. Anda boleh membuat simpanan setiap bulan dalam gandaan RM10. Bagi yang belum mempunyai akaun ASB bolehlah membuka akaun ASB dimana-mana cawangan ASB atau mana-mana wakil ASB seperti Pos Malaysia Berhad, RHB Bank, Maybank dan CIMB Bank.

Selain dari menyimpan sendiri atau melalui potongan gaji, Bank-Bank wakil kepada ASB menawarkan pinjaman untuk pelaburan dalam ASB (tidak termasuk Pos Malaysia Berhad kerana ia bukan bank).

Apa yang menarik ialah pinjaman ASB melalui EasyRHB anak syarikat kepada RHB Bank. EasyRHB menawarkan pinjaman ASB dengan ansuran bayaran balik yang rendah (bayar intrest sahaja untuk tempuh 5 tahun pertama). Jadual ansuran bayaran balik boleh dilihat disini. Apa manafaat yang bakal diperolihi dari tawaran EasyRHB ini:

  • ansuran bayaran balik yang rendah berbanding dengan bank-bank lain
  • jumlah pinjaman lebih besar walaupun ansuran pinjaman sama/hampir sama jumlahnya dibandingkan dengan ansuran pinjaman dengan bank-bank lain
  • kelulusan serta-merta
  • cawangan diseluruh negara (sila ke cawangan EasyRHB di Giant Supermarket yang berhampiran)
  • tidak memerlukan slip gaji
  • tidak memerlukan penjamin
  • cuma bawa kad pengenalan dan buku akaun ASB; dengan syarat anda bukannya black list dari mana-mana bank
Jika dilihat dari jadual bayaran balik, pembayaran balik sebanyak RM180.05 untuk pinjaman sebanyak RM40K. Mari kita lihat sedikit pengiraan untung/rugi untuk pinjaman sebanyak itu.

PINJAMAN: RM40K
TEMPUH BAYARAN BALIK: 20 TAHUN
BAYARAN BALIK BULANAN: RM180.05/sebulan (untuk 5 tahun pertama)
BAYARAN BALIK BULANAN: RM271.16/sebulan (untuk tahun ke-6 hingga 20)
NOTA: Oleh kerana bayaran balik untuk tahun ke-6 tinggi, anda disarankan untuk batalkan (terminate) pinjaman tersebut ditahun ke-6.

Pembayaran balik setahun: RM180.05 x 12 bulan = RM2160.60
Pulangan: Dividen ASB @ 7% x RM40K = RM2800.00
Keuntungan: RM2800.00 - RM2160.60 = RM639.40
Peratus Keuntungan: 29.59%

Pembayaran balik selama 5 tahun: RM180.05 x 12 bulan x 5 tahun = RM10,803
Pulangan: Dividen ASB @ 7% x RM40K x 5 tahun = RM14,000
Keuntungan: RM14,000 - RM10,803 = RM3197
Peratus Keuntungan: 29.59%

Bagaimana jika anda menyimpan @ melabur sendiri dengan RM180 sebulan:

TEMPUH SETAHUN:
- jumlah simpanan setahun RM180 x 12 bulan = RM2160
- pulangan dividen @ 7% = RM2241.90 - RM2160 = RM81.90
- peratus keuntungan 3.79%

TEMPUH 5 TAHUN:
- jumlah simpanan 5 tahun RM180 x 12 bulan x 5 tahun = RM10,800
- pulangan dividen 5 tahun @ 7%pa = RM12,892.58 - RM10,800 = RM2092.58
- peratus keuntungan: 19.37%

Anda tentukan sendiri dimana dan bagaimana anda menyimpan @ melabur.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI