Thursday, August 13, 2009

Sejarah Wang

Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.

Salah satu ciri wang atau duit ia mestilah barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas. Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang.

Perkembangan wang bermula daripada emas, perak, tembaga, loyang, besi, batu, atau kulit kerang kepada wang kertas, atau catatan elektronik yang dikendali oleh sistem perbankan kompleks antarabangsa.

Wang komoditi seperti emas dan perak merupakan antara bentuk terawal wang. Di bawah sistem wang komoditi, objek seperti duit syiling emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilainya yang tetap kekal walaupun inflasi, berbanding nilai wang kertas yang bergantung kepada nilai yang dicop semata-mata. Wang komoditi biasanya digunakan untuk memudahkan urus niaga dalam ekonomi barter, jadi ia lebih berfungsi sebagai perantara pertukaran, dan kemudian mula berfungsi sebagai simpanan nilai.

Wang fiat adalah wang zaman moden yang direka oleh pihak berkuasa pusat (kerajaan) dan tidak mempunyai atau tidak mementingkan nilai intrinsik. Pengiktirafan meluas terhadap wang fiat berlaku kerana kerajaan pusat bertindak sebagai penjamin nilai wang yang sah sebagai tender di sisi undang-undang sebagai bayaran untuk cukai dan lain-lain. Perkembangan wang fiat berlaku apabila kerajaan mengeluarkan nota janji yang telah kemudiannya bertukar menjadi mata wang fiat (contoh, Dolar Amerika) dan mata wang fiat telah bertukar menjadi bentuk mata wang komoditi (contoh, franc Switzerland).

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_wang

No comments: