Penasihat-Penasihat Kewangan mengatakan simpan 30% dari gaji untuk tabong kecemasan. Artikel-artikel dalam blog ini merupakan pengalaman penulis sendiri, dari rakan-rakan, pembacaan dari buku-buku, internet dll
Thursday, June 23, 2011
BLR Naik Kepada 6.6% - mulai 11 Mei 2011
Jumlah bayaran balik pinjaman ASB untuk tempuh 25 tahun adalah sebagaimana dibawah:
Pinjaman ASB RM50K - RM292.00 sebulan
Pinjaman ASB RM100K - RM583.00 sebulan
Pinjaman ASB RM150K - RM874.00 sebulan
Pinjaman ASB RM200K - RM1165.00 sebulan
Jadual lengkap bayaran balik pinjaman ASB boleh dilihat disini.
Saturday, February 12, 2011
Bonus Tabung Haji 2010 5.50 Peratus
KUALA LUMPUR 28 Jan. - Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan pendapatan mencecah lebih RM2 bilion bagi tahun 2010 berbanding RM1.7 bilion untuk tahun sebelumnya, peningkatan 17 peratus. Berikutan peningkatan pendapatan itu, TH turut mengumumkan peningkatan pembayaran bonus pendeposit kepada 5.50 peratus untuk 2010 berbanding 5.0 peratus pada tahun sebelumnya.
Ia akan membabitkan pembayaran bonus sebanyak RM1.33 bilion kepada pendeposit, meningkat 24 peratus berbanding RM1.07 bilion pada tahun 2009.
Pada majlis pengumuman prestasi kewangan TH yang cemerlang itu, agensi itu enggan mengulas lanjut mengenai kos mengerjakan haji walaupun terdapat kenaikan kos mengerjakan ibadat itu tahun demi tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Ismee Ismail berkata, jika terdapat kenaikan kos, pihaknya akan memastikan peningkatan itu tidak akan membebankan bakal jemaah haji seperti yang pernah dijanjikan oleh kerajaan.
''Tunggulah, bila tiba masanya,'' kata beliau ketika ditanya sama ada TH telah menyerahkan permohonan kos baru untuk mengerjakan haji kepada kerajaan pada sidang akhbar ketika mengumumkan prestasi kewangan TH di sini hari ini.
Menurut beliau, kos mengerjakan haji bergantung kepada dua komponen penting iaitu kos perumahan atau penginapan dan kos penerbangan.
''Buat masa ini kedua-dua kos itu telah meningkat sebanyak 80 hingga 82 peratus terutamanya membabitkan kos penginapan kerana Masjidil Haram sedang mengalami pembesaran.
''Ini menyebabkan ada jemaah haji yang terpaksa menginap jauh dari Masjidil Haram. Ia berkait dengan teori penawaran dan permintaan, jika apa yang ditawarkan sedikit, tetapi permintaan tinggi, maka kos meningkat,'' kata beliau.
Kos minimum mengerjakan haji pada musim lalu ialah RM9,980 seorang manakala kos sebenarnya ialah RM13,000.
Mengulas mengenai prestasi kewangan TH, Ismee percaya prestasi baik itu dapat dikekalkan pada tahun hadapan memandangkan pemulihan ekonomi negara dan dunia yang semakin baik.
Jumlah pendeposit TH juga semakin ramai iaitu 5.6 juta orang dengan nilai deposit sebanyak RM25.8 bilion pada 31 Disember 2010 berbanding 5.1 juta orang dengan nilai deposit berjumlah RM21.3 bilion pada tahun sebelumnya, kata beliau.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan nilai deposit akan mencecah RM30 bilion pada tahun ini dan menetapkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk dirinya dengan meningkatkan prestasi kewangan pada tahun ini.
Sementara itu, Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang mengulas mengenai prestasi kewangan TH memberitahu, TH telah mencatat keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali keempat berturut-turut.
''Keadaan ekonomi yang kondusif, pelaksanaan pelan perniagaan yang baik dan perbelanjaan yang berhemah, komitmen yang tinggi daripada para jemaah lembaga pengarah, ahli-ahli panel pelaburan, pihak pengurusan serta sokongan padu daripada pendeposit telah membantu TH mencatatkan prestasi kewangan yang cemerlang itu,'' katanya.
Mengulas sumber-sumber utama pendapatan TH, beliau berkata, ia adalah daripada pelaburan ekuiti pada kadar 65 peratus dan daripada angka itu, 19 peratus adalah pendapatan dividen dan 46 peratus adalah daripada keuntungan urusniaga saham.
Penyumbang kedua terbesar ialah pelaburan sekuriti hutang terutamanya bon Islam yang menyumbang 10 peratus pendapatan TH pada tahun 2010.
Keuntungan selepas zakat 2010 berkembang 34 peratus berbanding 2009 manakala kadar pertumbuhan purata tahunan bagi keuntungan selepas zakat sejak 2006 sehingga 2010 adalah sebanyak 24 peratus.
TH memperuntukkan pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM41 juta bagi tahun 2010 berbanding dengan pembayaran zakat berjumlah RM39 juta pada tahun 2009.
Sumber: Utusan Malaysia
Wednesday, January 19, 2011
Bonus Tabung Haji 5 peratus
PUTRAJAYA 3 Feb. - Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus pendeposit lima peratus untuk tahun kewangan 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kadar itu merupakan tambahan 2.75 peratus bagi separuh tahun kedua 2009 kepada bonus interim dengan jumlah anggaran keseluruhan bayaran sebanyak RM1.1 bilion.
Pemberian bonus interim bagi separuh tahun pertama pada kadar 2.25 peratus (RM465 juta) dibuat Oktober tahun lalu.
"Baki bonus 2.75 peratus (RM595 juta) ini akan dimasukkan ke akaun 5.1 juta pendeposit pada 8 Februari ini.
"Sekiranya diteliti kadar bonus ini, jelas ia lebih kompetitif malah jauh lebih baik berbanding kadar simpanan tetap dan tabungan komersial.
"Ini kerana Tabung Haji berjaya mengekalkan kadar bonusnya pada 2009 dan tahun sebelumnya dalam suasana kadar pasaran dan keuntungan deposit di perbankan komersial yang menurun sejak 2008," katanya pada sidang akhbar di sini.
Jamil Khir berkata, 2009 sekali lagi menyaksikan Tabung Haji berjaya merekodkan keuntungan selepas zakat melepasi RM1 bilion buat kali ketiga berturut-turut sejak 2007.
Katanya, pendapatan dan keuntungan selepas zakat Tabung Haji masing-masing sebanyak RM1.7 bilion dan RM1.1 bilion telah meningkat pada kadar 12 peratus berbanding 2008.
Menurut beliau, sumber pendapatan utama Tabung Haji terdiri daripada keuntungan urusniaga saham yang menyumbang 49 peratus, dividen (19 peratus), keuntungan bon Islam (10 peratus), keuntungan pasaran wang (lapan peratus), sewaan (tujuh peratus), keuntungan jualan hartanah dan aset (lima peratus) dan lain-lain dua peratus.
"Dari sudut perbelanjaan pula, kos pengurusan operasi Tabung Haji untuk 2009 telah mengambil kira kos tanggungan langsung haji sebanyak RM54 juta pada 2009 untuk musim haji 1430H," katanya.
Jamil Khir berkata, Tabung Haji pada tahun lalu turut memperuntukkan RM39 juta sebagai zakat perniagaan berbanding RM38 juta pada 2008.
Katanya, zakat perniagaan itu akan diagihkan ke setiap negeri mengikut jumlah purata baki terendah bulanan deposit terkumpul sehingga 31 Disember 2009.
Kata beliau: "Dari sudut simpanan, dana pendeposit terkumpul untuk 2009 telah meningkat pada kadar 12 peratus iaitu daripada RM20.6 bilion untuk 2008 kepada RM23 bilion.
"Jika diimbas kembali, dana pendeposit Tabung Haji terus menunjukkan peningkatan yang tinggi dan berterusan sejak 2006 dengan peningkatan sebanyak RM9.7 bilion daripada RM13.3 bilion pada awal 2006 kepada RM23 bilion pada akhir 2009," ujarnya.
Peningkatan ini, kata Jamil Khir, menunjukkan keyakinan pendeposit dengan penambahan simpanan sebanyak RM5.9 bilion dan penambahan nilai sebanyak RM3.8 bilion daripada aktiviti pelaburan sejak 2006.
Kita tunggu berapa pula bonus untuk tahun 2010......
Tuesday, December 21, 2010
Dividen ASB 2010 7.50%, Bonus 1.25%

KUALA LUMPUR: Para pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2010, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lepas.
Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun lepas.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.93 bilion dan RM603.34 juta bagi bahagian bonus.
Sehingga Jumaat lepas, katanya skim itu mencatatkan pendapatan kasar RM6.58 bilion.
"Pendapatan dividen dari syarikat penerima pelaburan menyumbang RM3.27 bilion atau 50 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.78 bilion atau 42 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen itu di sini.
Sementara itu, baki pendapatan 8.0 peratus atau RM0.53 bilion diperolehi daripada pelaburan di dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata perolehan ASB tahun ini disokong oleh peningkatan sumbangan dividen anak-anak syarikatnya terutama Malayan Banking Bhd (Maybank), iaitu sebanyak 55 sen berbanding 8.0 sen tahun sebelumnya.
Sumbangan dividen daripada Sime Darby Bhd pula menyusut kepada 10 sen daripada 20.3 sen pada 2009.
"Dari segi pendapatan tahun lepas, dividen adalah kurang daripada 50 peratus, tetapi tahun ini kita dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat yang kita labur.
"Prestasi tahun ini agak bernasib baik walau pun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi kita mendapat dividen yang tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih," katanya.
Ditanya mengenai prestasi Sime Darby yang kini menyusut, Hamad Kama Piah berkata, "Kita sentiasa mengharapkan prestasi syarikat-syarikat kita akan bertambah baik. Kalau kita lihat prestasi Sime Darby sendiri mereka telah menganggarkan keadaan akan lebih baik pada masa hadapan dan kita harapkan ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lebih baik." - BERNAMA
Saturday, December 18, 2010
Emas / Ar-Rahnu / ASB
Tentu ramai pelabur-pelabur ASB tertunggu-tunggu pengumuman dividen ASB/ASN yang akan diumumkan tidak berapa lama lagi. Harap-harap ia tidak mengecewakan.Dalam masa yang sama, diperhatikan bahawa harga emas telah menurun dari USD1432.00 kepada USD1376.20 pada hari Jumaat lepas. Penurunan adalah melebihi USD50.00.
Mungkin ada diantara pelabur emas ingin mengambil kesempatan untuk membeli atau menambah aset emas yang sedia ada, tetapi kekurangan modal. Bagi mereka yang sudah mempunyai koleksi / simpanan dalam tangan, inilah masanya untuk gunakan khidmat Ar-Rahnu untuk mendapatkan modal atau sebahagian dari modal. Kebiasaannya Ar-Rahnu memberi pinjaman sebanyak 65% hingga 70% dari nilai emas yang dicagarkan dengan upah simpan yang berpatutan.
Pajakkan emas yang ada ditangan. Pinjaman sebanyak 65% / 70% gunakan untuk membeli emas tambah aset. Tebus kembali dengan dividen ASB yang akan diperolihi nanti. Cuma sebulan sahaja upah simpan yang dikenakan.
Teruskan melabur.
Thursday, December 16, 2010
Penangguhan Urusan ASN/ASB 2010
Penangguhan urusan ASB akan bermula dari 20 Disember hingga 2 Januari, manakala penangguhan urusan ASN akan bermula dari 27 Disember hingga 2 Januari. Penangguhan ini adalah untuk pengiraan dividen atau pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.Kedua-dua urusan akan beroperasi seperti biasa mulai 3 Januari 2011.
Tentu masing-masing tertunggu-tunggu berapakah dividen dan bonus ASB tahun ini.....
Tungguuuuu.......
Monday, November 8, 2010
Had ASB Loan EasyRHB Dinaikkan Ke RM200K
Had maksima pinjaman ASB dari EasyRHB sebelum ini cuma sebanyak RM100K, telah dinaikkan kepada maksima RM200K. Pembayaran balik (interest sahaja) untuk 5 tahun pertama masih kekal. Walau bagaimanapun ada beberapa prosidur yang harus dipatuhi.PROSEDUR
Loan Bawah 100k (10k hingga 100k)
Prosedur masih sama. Hanya bawa MYkad dan No ahli ASB. Jika tidak buka buku ASB masih lagi boleh mohon. Apply dahulu jika lulus, buka buku di ejen ASB yang terdekat spt Maybank, RHB, Pejabat pos atau pejabat PNB sendiri. Kelulusan segera
Loan Dari 110k Hingga 200k
Sini ada perubahan sikit. Still kena bawa MYKAD dan No ahli ASB. Tapi pemohon kena print kwsp di outlet EASY RHB sebagai bukti pendapatan. seeloknya mempunyai pendapatan RM3k ke atas. Kelulusan ambik masa 3 hari. Prosedur ini juga tertakluk pada yang topup loan mereka melebihi 100k.
Jadual pembayaran balik adalah seperti dibawah:

Diharap pengunjung blog ini beroleh manfaat.