Assalamualaikum....Agak lama juga saya tak update blog, sibuk sikit sejak kebelakangan ini. Catatan kali ini ialah berkenaan dengan simpanan bulanan dalam ASB, tidak melibatkan dengan pinjaman dengan mana-mana bank dan sebagainya. Oleh itu ia tidak terlibat dengan pembayaran balik bulanan, faedah pinjaman dsb.
Teknik ini boleh digunapakai oleh mereka-mereka yang tidak berkelayakan untuk mendapat pinjaman dari bank, atau tidak mahu berhutang. Mungkin teknik ini boleh digunapakai untuk mengumpul sejumlah wang bagi tempuh masa panjang dan hasilnya sebagai plan persaraan sendiri.
Pengiraan dibawah adalah berdasarkan dividen 7% setahun. Simpanan RM200 sebulan.
Simpanan Bulanan || Tempuh || Jumlah
RM200 || 1 tahun || RM2,491.00
RM200 || 5 tahun || RM14,325.09
RM200 || 10 tahun || RM34,416.77
RM200 || 15 tahun || RM62,596.39
RM200 || 20 tahun || RM102,119.77
RM200 || 25 tahun || RM157,553.35
RM200 || 28 tahun || RM201,017.95
Dengan simpanan RM250 sebulan.
Simpanan Bulanan || Tempuh || Jumlah
RM250 || 1 tahun || RM3,113.75
RM250 || 5 tahun || RM17,906.36
RM250 || 10 tahun || RM43,020.96
RM250 || 15 tahun || RM78,245.49
RM250 || 20 tahun || RM127,649.71
RM250 || 25 tahun || RM196,941.69
Pengiraan diatas berdasarkan jika dividen tidak dibawa keluar atau digunakan. Sama sebagaimana potongan KWSP @ EPF, ia cuma boleh dikeluarkan apabila mencapai umur bersara.
Jika diperhatikan, pulangan untuk tempuh setahun adalah kecil, tetapi menjadi semakin besar untuk tempuh yang lebih panjang. Sebagai contoh, mari kita lihat simpanan RM200 sebulan.
Simpanan RM200 sebulan x 12 bulan = RM2400.00
Pulangan RM2491 - RM2400 = RM91 setahun = 3.79%
Simpanan RM200 sebulan x 12 x 15 = RM36,000
Pulangan RM62,596.39 - RM36,000 = RM26,596.39 = 73.87%
Simpanan RM200 sebulan x 12 x 25 = RM60,000
Pulangan RM157,553.35 - RM60,000 = RM97,553.35 = 162.58%
Kesimpulannya, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Teruskan menyimpan.
p/s: Pelaburan tambahan ASB sehingga RM200K, cuma dividen & bonus sahaja boleh dimasukkan kedalam buku akaun selepas itu.
4 comments:
adakah bile dah jejak 200k, dividen tak dikira lagi??
atau 200k x %dividen + dividen = jumlah tahun A
pastu tahun B lak - 200k x %dividen + dividen = jumlah tahun B?
- maksima pelaburan ASB RM200K...
- pelaburan tambahan tak dibenarkan lagi bila mencecah RM200K...
- cuma div + bon dibenarkan dlm ASB yg melepasi RM200K...
- div + bon akan bertukar menjadi jumlah pelaburan ditahun berikutnya...
- div + bon dikira keatas jumlah pelaburan tersebut...
so kiranya kalo dpt dividen 20k
so total akan ada 220k...pastu dividen utk tahun berikunya
(x% x 220k) +220k?
mcm ni ...katakan kita ada dlm ASB RM153,780.16 , masa urusan ASB di kaunter tanya berapa unit berbaki yang boleh dibeli? jawapan 152.721.00. maka jumlah maksima RM306,501.00. RM200K adalah asas maka dia telah menerima dividen dan bonus RM106,501.00 dlm pelaburannya.
Post a Comment