Wednesday, April 28, 2010

OVERDRAFT - Pengenalan

Over Draft atau singkatannya OD telah banyak dibicarakan dalam blog-blog lain. Saya juga tindak mahu ketinggalan untuk menulis tentang OD, untuk berkongsi sedikit info untuk pengunjung- pengunjung blog ini.

Apa itu OD:
OD merupakan pinjaman bercagar, salah satu produk bank. Dikalangan bumiputra OD/ASB dan OD/ASW yang sangat popular.

Apa itu OD/ASB dan OD/ASW:
OD/ASB ialah OD yang diperolihi dari cagaran sijil ASB, manakala OD/ASW ialah OD yang diperolihi dari cagaran sijil ASW kepada pihak bank. ASB adalah singkatan dari Amanah Saham Bumiputra, manakala ASW adalah singkatan dari Amanah Saham Wawasan, dua dari produk Permodalan Nasional Berhad atau PNB.

Bank mana nak buat OD:
Maybank, RHB dan CIMB

Bagaimana nak buat OD:
Sebelum mendapatkan OD, wang minima RM11K atau RM12K perlu ada didalam simpanan ASB atau ASW. Jumlah tersebut ditukarkan dalam bentuk sijil ASB/ASW. Proses penukaran ini hanya boleh dibuat di ibu pejabat dan pejabat cawangan PNB. Bayaran sebanyak RM10 dikenakan untuk setiap satu sijil. Selepas mendapat sijil, bawa sijil tersebut kebank-bank pilihan untuk memohon OD.

Mengapa RM11K atau RM12K:
Minima pinjaman melalui OD ialah sebanyak RM10K, manakala margin pinjaman dari bank pula berbeza-beza. RHB memberi margin pinjaman sebanyak 95% dari nilai cagaran (sijil ASB/ASW), Maybank dan CIMB memberi margin pinjaman sebanyak 90%

Bank || Nilai Cagaran || Margin Pinjaman || Jumlah Pinjaman
RHB || RM11,000 || 95% || RM10,450
Maybank || RM12,000 || 90% || RM10,800
CIMB || RM12,000 || RM10,800

Kadar Faedah OD:
Faedah bulanan dengan pengiraan harian keatas baki pinjaman (daily basis). Faedah bulanan ditolak dari akaun OD pengguna. Sebagaimana margin pinjaman, faedah juga berbeza-beza.

Bank || Faedah Tahunan
RHB || BLR - 1%
Maybank || BLR - 1%
CIMB || BLR - 1.65%

Pinjaman Peribadi vs OD:
- PL tidak memerlukan cagaran; OD perlu cagaran
- Pembayaran balik PL pokok + faedah setiap bulan mengikut tempuh yang sudah ditetapkan; OD faedah ditolak dari akaun setiap bulan, tiada tempuh ditetapkan
- Setelah PL selesai, peminjam boleh membuat pinjaman yg baru; OD teruskan penggunaannya selagi cagaran (sijil ASB/ASW) tidak ditebus

Credit Card vs OD:
- CC tidak memerlukan cagaran; OD perlu cagaran
- Faedah CC dikira bulanan; OD dikira harian
- Faedah CC 1.5% sebulan keatas baki pinjaman; OD (CIMB) 4.15% setahun = +-0.345 sebulan keatas baki pinjaman
- Had pinjaman (credit limit) CC rendah; OD 90%-95% dari nilai cagaran

Faedah-Faedah OD:
- Mempunyai wang setiap masa
- Melangsaikan CC, tukarkan kadar faedah 18% setahun kepada 4.15% setahun
- Melabur dalam ASB, ASW
- Melabur dalam apa sahaja pelaburan yang memberi pulangan lebih dari faedah OD

Serba ringkas berkenaan OD........

Nota: Angka-angka yang ditunjukkan adalah untuk April 2010, angka-angka tersebut akan berubah apabila BLR dan kadar faedah bank berubah

Tuesday, April 27, 2010

OverDraft - Kelebihannya

Over Draf atau singkatannya OD adalah financial tools yang tidak asing lagi bagi penggunanya. Banyak kelebihan daripada OD disamping keburukannya. Keburukannya pemilik akan terjebak didalam kancah hutang yang besar jika gagal menguruskannya dengan baik.

Topik kali ini membicarakan kelebihan dan kebaikan OD jika diuruskan dengan baik. Peniaga menggunakan credit OD untuk perniagaan, manakala orang persaorangan menggunakan credit OD untuk pelaburan ASB, ASW dll. Dibawah ini disenaraikan apakah kelebihan/kebaikan OD bagi orang persaorangan.

Tanpa faedah/service charge:
Faedah tidak dikenakan jika OD tidak digunakan, pada sesetengah bank RM5 sebulan service charge dikenakan walaupun OD tidak digunakan

Faedah rendah:
Faedah yang rendah iaitu BLR-1% - BLR-1.65% (bergantung kepada bank)

Faedah harian keatas jumlah pinjaman:
Faedah harian, ini yang cukup menarik, jika pinjaman cepat dibayar, faedah akan kurang. Bila baki pinjamannya berkurangan, faedah akan turut kurang.

Faedah pinjaman ditolak dari akaun OD :
Tidak perlu Q dikaunter bayaran, teller machine, online transfer kerana faedah dari pinjaman akan ditolak dari akaun OD pemilik setiap bulan.

Mempunyai wang setiap masa:
Pemilik akaun OD mempunyai wang setiap masa, selagi credit OD tidak digunakan sehingga had pinjaman (credit limit)

Langsaikan CC dengan OD:
Credit Card mengenakan faedah 1.5% sebulan keatas baki credit. Ini bermakna 18% faedah setahun. Dengan melangsaikan CC dengan menggunakan credit OD, bermakna pemilik telah mengurangkan faedah pinjaman dari 18% setahun kepada 4.15% setahun (CIMB)

Berkemampuan membayar pinjaman ASB:
Bagi mereka yang berpendapatan sederhana, sudah tentu tidak mampu untuk membayar pinjaman RM1100 sebulan mithalnya. Tetapi pemilik akaun OD yang mempunyai nilai kredit OD RM15K, berkemampuan untuk membuat bayaran balik pinjaman ASB RM200K, dengan ansuran bulanan sebanyak RM1100 (anggaran)

Jom berOD....

Sunday, April 25, 2010

Maksima Loan ASB EasyRHB RM100K

Mungkin sudah ramai yang telah mendapatkan pinjaman ASB dari EasyRHB. Maksima pinjaman yang dihadkan oleh EasyRHB ialah sebanyak RM100K, berbanding dengan bank-bank lain yang menawarkan jumlah pinjaman maksima sehingga RM200K.

Walaupun had pinjaman maksima EasyRHB hanya RM100K, tetapi ada yang menarik dengan tawaran pinjaman tersebut. Pembayaran balik pinjaman untuk 5 tahun pertama rendah (faedah sahaja). Jadi ambillah peluang untuk tambah ASB anda dalam masa yang singkat.

Bagi mereka yang mampu untuk membuat pembayaran balik sebanyak RM407.67 (tidak termasuk insuran), boleh memohon pinjaman sebanyak RM100K. Anda boleh memilih jumlah pinjaman dari RM10K hingga kepada RM100K, mengikut kemampuan masing-masing.

Saya hanya mampu untuk pinjaman sebanyak RM50K........... bagaimana nak dapatkan RM100K.......... ada cara ke ???????

Saya tunjukkan caranya.........

Tahun pertama:
- buat pinjaman (A) RM50K
- ansuran bulanan RM203.84 (tidak termasuk insuran) x 12 = RM2446.08 setahun
- hujung tahun dividen 7% x RM50K = RM3500 setahun
- guna dividen RM3500 untuk bayar ansuran tahun- tahun berikutnya
- lebihan dividen RM3500 - RM2446 = RM1054
- terminate loan ditahun ke-6

Tahun kedua:
- buat pinjaman (B) RM50K
- ansuran bulanan RM203.84 x 12 = RM2446.08
- bayaran untuk 5 tahun RM2446.08 x 5 = RM12,230.04
- dividen kasar untuk 5 tahun RM3500 x 5 = RM17,500
- terminate loan ditahun ke-6

Ringkasan:
Pembayaran balik loan A RM2449 setahun pertama
Pembayaran balik loan B RM12,230 lima tahun
Jumlah bayaran balik A + B RM14,679 (dari gaji)
Jumlah bayaran balik A RM2446 x 4 = RM9784 (dari dividen)

Dividen kasar:
Loan A RM1054 x 5 = RM5,270
Loan B RM3500 x 5 = RM17,500
Jumlah dividen RM5,270 + RM17,500 = *RM22,770
*Dividen sebenar lebih dari itu, jika tidak dikeluarkan/usik

Nota: Simpan sendiri dalam ASB dengan RM204 sebulan, cuma menghasilkan RM21,988.31 dalam tempuh 7 tahun

Thursday, April 22, 2010

Pejabat Cawangan EasyRHB

Pejabat-Pejabat Cawangan EasyRHB, sejauh ini cuma terdapat di Senawang dan Seremban 2, selainnya disekitar lembah klang. Bagi sesiapa yang ingin menyimpan/menabung melalui pinjaman ASB, sila ke cawangan-cawangan EasyRHB yang berhampiran.

Easy-RHB Giant Senawang
Lot B42-B44, Giant Hypermarket Senawang,
1571, Jalan Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan
Manager: Afizan Bin Mohd Yusoff
06-6787369 (DL)
06-6787658 (Fax)
Working Hours: 10.00am - 9.30pm.

Easy-RHB Taman Sri Gombak
No.50, Jalan SG1/8, Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor
Manager: Melvin Chow Guan Haw
03-61850921 (DL)
03-61850932 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm.

Easy-RHB Dataran Puteri Puchong
No.20, Jalan Puteri 1/2, Dataran Puteri,
47100 Puchong
Manager: Terry Lai Chee Ming
03-80604761 (DL)
03-80606628 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm.

Easy-RHB Taman Sri Rampai
No.16, Jalan Megan Setapak, Megan Setapak,
53300 Kuala Lumpur
Manager: Norman Lim Hong Yew
03-41420077 (DL)
03-41426364 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Bandar Sri Permaisuri
No.51, Jalan Dwitasek 1, Dataran Dwitasik,
Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Manager: Michelle Lim Ca Ee
03-91710545 (DL)
03-91710544 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Sek. U3 Shah Alam (Subang Perdana)
No.12-G, Jalan 10/12, Jalan Dinar CU3/C, Sek U3,
40150 Shah Alam
Manager: Raja Nazrul Izzat bin Raja Ismail
03-78430190 (DL)
03-78430201 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Selayang Mall
Lot GSW 5B, Ground Floor, Selayang Mall, Jalan SU9,
Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves
Manager: Joseph Chua Min Fung
03-61203295 (DL)
03-61203314 (Fax)
Working Hours: 10.00am - 10.00pm

Easy-RHB Sentul Raya Boulevard
Unit No 10-G, Jalan 13/48A, Sentul Raya Boulevard,
51000 Kuala Lumpur.
Manager: Marc Ooi Ging Pale
03-40411444 (DL)
03-40411446 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Taman Sri Manja
No. 3A-1, Jalan PJS 3/63, Sri Manja Square 2,
Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya
Manager: Alfred Loke Ka Wai
03-77811703 (DL)
03-77811706 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Semenyih
No 52, Jalan Pasar Baru,
43500 Semenyih, Selangor
Manager: Rozalina Binti Hamzah
03-87230993 (DL)
03-87232412 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Precint 15 Putrajaya
No.47, Jalan Diplomatik, Presint 15,
62050 Putrajaya
Manager: Nadia Adni Binti Abdul Rahman
03-88811035 (DL)
03-88904572 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Banting
No. 19-A-G, Jalan Sultan Abdul Samad,
42700 Banting
Manager: Alban Marion a/l M Simon
03-31801984 (DL)
03-31801985 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB AEON AU2
Lot G13, Ground Floor, AEON AU2 Shopping Centre,
No.6, Jalan Taman Setiawangsa,
AU2, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
Manager: Mohamed Shaharil Bin Mohamed Bakhari
03-42513487 (DL)
03-42513489 (Fax)
Working Hours: 10.00am - 10.00pm

Easy-RHB Kota Damansara
No 43-G, Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6,
Kota Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
Manager: Mohd Nor Irwan Bin Zamin
03-61422385 (DL)
03-61422429 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Bandar Tasik Selatan
No. 43, Jalan 8/146, Bandar Tasik Selatan,
56000 Kuala Lumpur.
Manager: Siti Norzalma Binti Abd Rahman
03-90564927 (DL)
03-90564930 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Kapar, Klang
No.266, jalan KU 3, Jalan Besar Kapar,
42200 Pekan Kapar, Klang
Manager: Shazlinah Bt Shazali
03-32500705 (DL)
03-32500707 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Seremban 2
Lot 43, Jalan S2 B18, Business Avenue (Biz Avenue),
Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Manager: Vivien Sin Siow Wei
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Bandar Tun Hussein Onn
No 50, Jalan Suarasa 8/4, Town Park 1,
Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras
Manager: Lum Jack Son
03-90745689 (DL)
03-90745695 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Menara UOA Bangsar
Unit No LGF 2, Menara UOA Bangsar
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000, Kuala Lumpur
Manager: Mohamad Ismail Bin Ibrahim
03-22822821 (DL)
03-22822837 (Fax)
Working Hours: 8.00am. - 8.00pm

Easy-RHB, Sunway Metro
No 15, Jalan PJS 11/28, Sunway Metro,
46150 Petaling Jaya, Selangor
Manager: Chris Chan Koon Sing
03-56212101 (DL)
03-56212096 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Metro Point Kajang
G 22, Ground Floor, Metro Point Complex,
Seksyen 7, 43000 Kajang, Selangor.
Manager: Abhirani D/O Raman
03-87399462 (DL)
03-87399467 (Fax)
Working Hours: 10.00am - 10.00pm

Easy-RHB Sek 18, Shah Alam
1-5, Ole-Ole Shopping Centre, Seksyen 18,
Jalan Pinang, Shah Alam, Selangor.
Manager: Haizatulfatmi Bt Sulaiman
03-55411576 (DL)
03-55411579 (Fax)
Working Hours: 10.00am - 10.00pm

Easy-RHB Wisma Thrifty
Unit 7, Wisma Thrifty, No 19, Jalan Barat ,
46200 Petaling Jaya, Selangor
Manager: Shamala A/P Jayaraman
03-79541106 (DL)
03-79541109 (Fax)
Working Hours: 10.00am - 9.30pm

Easy-RHB Platinum Walk, Setapak
No 22-0, Block A, Platinum Walk,
No. 2 Jalan Langkawi, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.
Manager: Andy Lee Khee Meng
03-41429572 (DL)
03-41429575 (Fax)
Working Hours: 9.00am - 7.00pm

Easy-RHB Taman Dagang, Ampang
No. 26G, Jalan Dagang 1/1A, Taman Dagang,
68000 Ampang
Manager: Kelvin Chin Kim Leong
03-42512204 (DL)
03-42512600 (Fax)

Easy-RHB, Giant Kinrara
Lot F34, 1st Floor,
Giant Hypermarket Bandar Kinrara Complex,
Lot 449, Jalan BK 5A/1, Bandar Kinrara,
47180 Puchong, Selangor
Manager: Barath Jeevan
03-80707141 (DL)
03-80707136 (Fax)
Working Hours: 10.00am - 9.30pm

Semoga maklumat diatas dapat memanfaatkan anda. Selamat melabur.

Friday, April 2, 2010

Kenaikan BLR Keatas EasyRHB

Sehubungan dengan kenaikan BLR kepada 5.8%, EasyRHB telah mengeluarkan jadual bayaran balik untuk pinjaman ASB, seperti dibawah:

Pinjaman || 5 thn pertama || 5 tahun || 10 tahun || 15 tahun || 20 tahun
10,000 || 40.77 || 188.30 || 105.59 || 78.54 || 65.40
20,000 || 81.53 || 376.09 || 210.68 || 156.58 || 130.29
30,000 ||122.30 || 563.89 || 315.77 || 234.62 || 195.19
40,000 || 163.07 || 751.69 || 420.86 || 312.67 || 260.08
50,000 || 203.04 || 939.49 || 525.95 || 390.71 || 324.98
60,000 || 244.60 || 1,127.28 || 631.04 || 468.75 || 389.87
70,000 || 285.37 || 1,315.08 || 736.13 || 546.79 || 454.77
80,000 || 326.14 || 1,502.88 || 841.22 || 624.83 || 519.67
90,000 || 366.90 || 1,690.68 || 946.32 || 702.87 || 584.56
100,000 || 407.67 || 1,878.47 || 1,051.41 || 780.91 || 649.46

Jadual bayaran balik diatas tidak termasuk insuren. Adalah disarankan supaya peminjam mengambil insuren bersama dengan pinjaman tersebut, jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, pinjaman tersebut akan dibiayai oleh pihak insuren.

Jika dilihat dari jadual bayaran balik, pinjaman untuk tempuh 5 tahun (jangka pendek), menguntungkan peminjam, sila lihat pengiraan dibawah:

Pinjaman RM100,000
Bayaran balik RM407.67 (5 tahun pertama)
Bayaran balik RM649.46 (tahun ke-6 - 20)
Tempuh 20 tahun

Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896 setahun
Dividen 7% x RM100,000 = RM7,000 setahun

Secara ringkasnya, bayaran untuk 5 tahun RM4896 x 5 = RM24,480, manakala pulangan dividen pula RM7000 x 5 = RM35,000. Jika dividen tahunan tidak diusik/dikeluarkan, jumlah pulangannya akan lebih lagi, kerana dividen tahun 1 akan menjadi pokok pada tahun ke-2 dan begitulah sehingga tahun ke-5. Sila lihat dibawah:

Tahun 1:
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896
Dividen 7% x RM100,000 = RM7,000

Tahun 2:
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896
Dividen 7% x RM107,000 = RM7490

Tahun 3:
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896
Dividen 7% x RM114,490 = RM8014

Tahun 4:
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896
Dividen 7% x RM118,504 = RM8295

Tahun 5:
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896
Dividen 7% x RM126,799 = RM8875

Jumlah dividen RM7000 + 7490 + 8014 + 8295 + 8875 = RM39,674

Selamat melabur........

Catatan berkaitan: > disini<>disini