Over Draf atau singkatannya OD adalah financial tools yang tidak asing lagi bagi penggunanya. Banyak kelebihan daripada OD disamping keburukannya. Keburukannya pemilik akan terjebak didalam kancah hutang yang besar jika gagal menguruskannya dengan baik.
Topik kali ini membicarakan kelebihan dan kebaikan OD jika diuruskan dengan baik. Peniaga menggunakan credit OD untuk perniagaan, manakala orang persaorangan menggunakan credit OD untuk pelaburan ASB, ASW dll. Dibawah ini disenaraikan apakah kelebihan/kebaikan OD bagi orang persaorangan.
Tanpa faedah/service charge:
Faedah tidak dikenakan jika OD tidak digunakan, pada sesetengah bank RM5 sebulan service charge dikenakan walaupun OD tidak digunakan
Faedah rendah:
Faedah yang rendah iaitu BLR-1% - BLR-1.65% (bergantung kepada bank)
Faedah harian keatas jumlah pinjaman:
Faedah harian, ini yang cukup menarik, jika pinjaman cepat dibayar, faedah akan kurang. Bila baki pinjamannya berkurangan, faedah akan turut kurang.
Faedah pinjaman ditolak dari akaun OD :
Tidak perlu Q dikaunter bayaran, teller machine, online transfer kerana faedah dari pinjaman akan ditolak dari akaun OD pemilik setiap bulan.
Mempunyai wang setiap masa:
Pemilik akaun OD mempunyai wang setiap masa, selagi credit OD tidak digunakan sehingga had pinjaman (credit limit)
Langsaikan CC dengan OD:
Credit Card mengenakan faedah 1.5% sebulan keatas baki credit. Ini bermakna 18% faedah setahun. Dengan melangsaikan CC dengan menggunakan credit OD, bermakna pemilik telah mengurangkan faedah pinjaman dari 18% setahun kepada 4.15% setahun (CIMB)
Berkemampuan membayar pinjaman ASB:
Bagi mereka yang berpendapatan sederhana, sudah tentu tidak mampu untuk membayar pinjaman RM1100 sebulan mithalnya. Tetapi pemilik akaun OD yang mempunyai nilai kredit OD RM15K, berkemampuan untuk membuat bayaran balik pinjaman ASB RM200K, dengan ansuran bulanan sebanyak RM1100 (anggaran)
Jom berOD....
No comments:
Post a Comment