Sehubungan dengan kenaikan BLR kepada 5.8%, EasyRHB telah mengeluarkan jadual bayaran balik untuk pinjaman ASB, seperti dibawah:
Pinjaman || 5 thn pertama || 5 tahun || 10 tahun || 15 tahun || 20 tahun
10,000 || 40.77 || 188.30 || 105.59 || 78.54 || 65.40
20,000 || 81.53 || 376.09 || 210.68 || 156.58 || 130.29
30,000 ||122.30 || 563.89 || 315.77 || 234.62 || 195.19
40,000 || 163.07 || 751.69 || 420.86 || 312.67 || 260.08
50,000 || 203.04 || 939.49 || 525.95 || 390.71 || 324.98
60,000 || 244.60 || 1,127.28 || 631.04 || 468.75 || 389.87
70,000 || 285.37 || 1,315.08 || 736.13 || 546.79 || 454.77
80,000 || 326.14 || 1,502.88 || 841.22 || 624.83 || 519.67
90,000 || 366.90 || 1,690.68 || 946.32 || 702.87 || 584.56
100,000 || 407.67 || 1,878.47 || 1,051.41 || 780.91 || 649.46
Jadual bayaran balik diatas tidak termasuk insuren. Adalah disarankan supaya peminjam mengambil insuren bersama dengan pinjaman tersebut, jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, pinjaman tersebut akan dibiayai oleh pihak insuren.
Jika dilihat dari jadual bayaran balik, pinjaman untuk tempuh 5 tahun (jangka pendek), menguntungkan peminjam, sila lihat pengiraan dibawah:
Pinjaman RM100,000
Bayaran balik RM407.67 (5 tahun pertama)
Bayaran balik RM649.46 (tahun ke-6 - 20)
Tempuh 20 tahun
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896 setahun
Dividen 7% x RM100,000 = RM7,000 setahun
Secara ringkasnya, bayaran untuk 5 tahun RM4896 x 5 = RM24,480, manakala pulangan dividen pula RM7000 x 5 = RM35,000. Jika dividen tahunan tidak diusik/dikeluarkan, jumlah pulangannya akan lebih lagi, kerana dividen tahun 1 akan menjadi pokok pada tahun ke-2 dan begitulah sehingga tahun ke-5. Sila lihat dibawah:
Tahun 1:
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896
Dividen 7% x RM100,000 = RM7,000
Tahun 2:
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896
Dividen 7% x RM107,000 = RM7490
Tahun 3:
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896
Dividen 7% x RM114,490 = RM8014
Tahun 4:
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896
Dividen 7% x RM118,504 = RM8295
Tahun 5:
Bayaran RM408 x 12 bulan = RM4,896
Dividen 7% x RM126,799 = RM8875
Jumlah dividen RM7000 + 7490 + 8014 + 8295 + 8875 = RM39,674
Selamat melabur........
Catatan berkaitan: > disini<>disini
No comments:
Post a Comment