Wednesday, April 28, 2010

OVERDRAFT - Pengenalan

Over Draft atau singkatannya OD telah banyak dibicarakan dalam blog-blog lain. Saya juga tindak mahu ketinggalan untuk menulis tentang OD, untuk berkongsi sedikit info untuk pengunjung- pengunjung blog ini.

Apa itu OD:
OD merupakan pinjaman bercagar, salah satu produk bank. Dikalangan bumiputra OD/ASB dan OD/ASW yang sangat popular.

Apa itu OD/ASB dan OD/ASW:
OD/ASB ialah OD yang diperolihi dari cagaran sijil ASB, manakala OD/ASW ialah OD yang diperolihi dari cagaran sijil ASW kepada pihak bank. ASB adalah singkatan dari Amanah Saham Bumiputra, manakala ASW adalah singkatan dari Amanah Saham Wawasan, dua dari produk Permodalan Nasional Berhad atau PNB.

Bank mana nak buat OD:
Maybank, RHB dan CIMB

Bagaimana nak buat OD:
Sebelum mendapatkan OD, wang minima RM11K atau RM12K perlu ada didalam simpanan ASB atau ASW. Jumlah tersebut ditukarkan dalam bentuk sijil ASB/ASW. Proses penukaran ini hanya boleh dibuat di ibu pejabat dan pejabat cawangan PNB. Bayaran sebanyak RM10 dikenakan untuk setiap satu sijil. Selepas mendapat sijil, bawa sijil tersebut kebank-bank pilihan untuk memohon OD.

Mengapa RM11K atau RM12K:
Minima pinjaman melalui OD ialah sebanyak RM10K, manakala margin pinjaman dari bank pula berbeza-beza. RHB memberi margin pinjaman sebanyak 95% dari nilai cagaran (sijil ASB/ASW), Maybank dan CIMB memberi margin pinjaman sebanyak 90%

Bank || Nilai Cagaran || Margin Pinjaman || Jumlah Pinjaman
RHB || RM11,000 || 95% || RM10,450
Maybank || RM12,000 || 90% || RM10,800
CIMB || RM12,000 || RM10,800

Kadar Faedah OD:
Faedah bulanan dengan pengiraan harian keatas baki pinjaman (daily basis). Faedah bulanan ditolak dari akaun OD pengguna. Sebagaimana margin pinjaman, faedah juga berbeza-beza.

Bank || Faedah Tahunan
RHB || BLR - 1%
Maybank || BLR - 1%
CIMB || BLR - 1.65%

Pinjaman Peribadi vs OD:
- PL tidak memerlukan cagaran; OD perlu cagaran
- Pembayaran balik PL pokok + faedah setiap bulan mengikut tempuh yang sudah ditetapkan; OD faedah ditolak dari akaun setiap bulan, tiada tempuh ditetapkan
- Setelah PL selesai, peminjam boleh membuat pinjaman yg baru; OD teruskan penggunaannya selagi cagaran (sijil ASB/ASW) tidak ditebus

Credit Card vs OD:
- CC tidak memerlukan cagaran; OD perlu cagaran
- Faedah CC dikira bulanan; OD dikira harian
- Faedah CC 1.5% sebulan keatas baki pinjaman; OD (CIMB) 4.15% setahun = +-0.345 sebulan keatas baki pinjaman
- Had pinjaman (credit limit) CC rendah; OD 90%-95% dari nilai cagaran

Faedah-Faedah OD:
- Mempunyai wang setiap masa
- Melangsaikan CC, tukarkan kadar faedah 18% setahun kepada 4.15% setahun
- Melabur dalam ASB, ASW
- Melabur dalam apa sahaja pelaburan yang memberi pulangan lebih dari faedah OD

Serba ringkas berkenaan OD........

Nota: Angka-angka yang ditunjukkan adalah untuk April 2010, angka-angka tersebut akan berubah apabila BLR dan kadar faedah bank berubah

16 comments:

mohd said...

salam,,boleh saya dapatkan email saudara??
saya sgt berminat dan ingin belajar lebih lanjut tentang pelaburan.

cdanhash said...

bang mohd... den jarang semak email... boleh kemukakan soalan disini sahaja, den cuba membantu sekadar yg termampu...

mohd said...

saya student medic di india di bawah tajaaan MARA.setiap bulan saya mendapat elaun bulanan sebanyak 700usd.Simpanan sy di Malaysia pula anggaran kasarnya dalam 20k.Ini di dalam Tabung Haji dan CIMB.sy tak pasti cara yang paling untung dan selamat untuk saya melabur wang saya.di harap saudara dapat membantu saya.

cdanhash said...

tahniah bang mohd... student lagi dah ada saving....
saving dlm TH tu dah ok - yearly div +-5%pa
saving dlm CIMB tu lebih baik pindahkan ke ASB - 7%pa div

dah balik M'sia den tunjukkan roll ASB menggunakan fasility Overdraft/ ASB loan... atau sila ke
forum carigold.com... topic saving investment... link ada kat blog... den selalu disana...

mohd said...

hahaha..lambat lagi balik malaysia.bulan 9 nanti baru balik.boleh x saudara tunjukkan dulu secara kasar ape yg boleh sy buat untuk mendapat keuntungan dari wang simpanan saya.mungkin dengan sedikit kira2..sy masih kabur2 lagi..

cdanhash said...

cuba lihat entry den berkenaan dengan ASB, loan EasyRHB....

mohd said...

cane nak jumpe saudara??
saya maybe balik 2 jun ni..
ada konvo...
bole dapatkan no telepon saudara?

cdanhash said...

Bincang2 kewangan boleh lihat sini > http://carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=170 - den selalu kat sini...

cfoo OD lihat sini > http://www.bebas-hutang.com/ - beliau juga ada buat kelas OD... den pun banyak belajar dari beliau... kedua2 link ada sebelah kanan blog ini...

MAKTEH said...

Salam!
Nak saya ada invest di ASB dalam 300K, hanjat di hati nak bangunkan rumah tahun depan, jadi rasanya tak nak kacau yang di ASB tu, tapi nak buat rumah belum ada cash. Cadang tu nak buat Personal Loan ATAU Overdraft (DALAM 200K) dengan cagaran Sijil ASB tu. Nak mohon pendapat Tuan mana satu yang lebih baik buat personal loan seperti i-Peribadi di BSN ATAU buat overdraft dengan jangkaan bayaran balik dalam tempoh 20 tahun

Azman said...

khabarnya, buat OD bercagarkan ASB sudah dipersukarkan untuk pemohon individu bukan peniaga.

HopelesslyPatriotic said...

Nak ucapkan terima kasih kepada Pakdi atas penerangan ini. Saya budak baru nak belajar dalam bidang perniagaan ni, dan entri Pakdi ni simple & mudah di faham.

Terima Kasih sekali lagi :)

Amirul Ismail said...

assalamualaikum, nk tumpang tanye kalau kita ambil od dan nk bayar secara ansuran boleh ke? kalau nk bayar tu ke akaun kita sendiri ke? dan kalau bayar setiap bulan lg kurang la interest kan? mohon pencerahan..terima kasih

Laura Jacobs said...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

Aisyah Taufik said...

Saya perlu memberi keterangan mengenai perbuatan baik yang dilakukan oleh James Althouse Finance Firm untuk saya.
Saya tidak pernah fikir saya akan bertemu dengan seseorang seperti Encik James. Dia adalah permata yang jarang berlaku. Saya Aisyah Saya mengambil masa saya untuk memberi keterangan mengenai Encik James kerana dia akhirnya menawarkan apa yang tidak ada orang lain.
Suami saya dan saya pergi ke hutang besar dengan penghutang dan Bank dan kami sedang mencari pinjaman dari sebuah syarikat pinjaman yang berbeza tetapi semua tidak ada apa-apa. Sebaliknya mereka membawa kami ke hutang yang lebih banyak dan akhirnya meninggalkan kami sehingga saya bertemu dengan Encik James, dia menawarkan pinjaman walaupun pada mulanya saya takut ia akan berakhir seperti syarikat pinjaman lain yang saya telah cuba untuk meminjam dari, tetapi saya mempunyai Mendapati dia tidak seperti mereka. Sekarang kita akhirnya menyelesaikan hutang kita dan memulakan perniagaan baru dengan wang yang tertinggal pada pinjaman.
Hubungi Encik James melalui e-mel berikut.
Jamesalthousefinancefirm@gmail.com, atau anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut: aisyahtaufik23@gmail.com

Aisyah Taufik said...

Saya perlu memberi keterangan mengenai perbuatan baik yang dilakukan oleh James Althouse Finance Firm untuk saya.
Saya tidak pernah fikir saya akan bertemu dengan seseorang seperti Encik James. Dia adalah permata yang jarang berlaku. Saya Aisyah Saya mengambil masa saya untuk memberi keterangan mengenai Encik James kerana dia akhirnya menawarkan apa yang tidak ada orang lain.
Suami saya dan saya pergi ke hutang besar dengan penghutang dan Bank dan kami sedang mencari pinjaman dari sebuah syarikat pinjaman yang berbeza tetapi semua tidak ada apa-apa. Sebaliknya mereka membawa kami ke hutang yang lebih banyak dan akhirnya meninggalkan kami sehingga saya bertemu dengan Encik James, dia menawarkan pinjaman walaupun pada mulanya saya takut ia akan berakhir seperti syarikat pinjaman lain yang saya telah cuba untuk meminjam dari, tetapi saya mempunyai Mendapati dia tidak seperti mereka. Sekarang kita akhirnya menyelesaikan hutang kita dan memulakan perniagaan baru dengan wang yang tertinggal pada pinjaman.
Hubungi Encik James melalui e-mel berikut.
Jamesalthousefinancefirm@gmail.com, atau anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut: aisyahtaufik23@gmail.com

HalO MoneY said...

Selamat Datang di HALO MONEY LENDERS kami memberikan pinjaman dengan persentase tingkat bunga yang sangat rendah dan lebih murah yang Anda perlukan dalam bentuk pinjaman apa pun karena Anda telah mencari melalui celah dan celah dunia namun tidak ada kreditur sejati yang mampu dan atau mampu memberi Anda? cari lagi karena pinjaman kami selalu disetujui dalam waktu yang sangat singkat dan kami memproses semua pinjaman dengan sedikit kertas kerja. Kabar baiknya adalah bahwa pinjaman kami disetujui tanpa menuntut bentuk jaminan keamanan apa pun sehingga kami sangat transparan dan tidak mementingkan diri dalam layanan kami. Jika Anda telah membaca kualitas kami dan mereka sangat sesuai dengan kepuasan Anda silahkan cepat dan hubungi kami melalui surat (halo.moneylenders@gmail.com) InshyAllah kami memiliki solusi untuk semua kondisi keuangan Anda seperti hutang, dana untuk proyek, inisiatif bisnis, memenuhi tagihan mendesak Anda semua ini dan masih banyak lagi