Mungkin anda sudah membaca catatan saya yang terdahulu Overdraf - Minima..... jika belum ada baiknya membacanya dahulu.
Bagaimana intrest OD dikira..... inilah tajuk catatan saya pada kali ini.....
Pembayaran interest bulanan dengan kiraan harian - daily rest.....
Apa itu daily rest....
Interest yang dikira harian keatas credit OD yang digunakan. Pengiraan dibawah adalah interest OD CIMB dengan kadar BLR 6.05% - 1.65% = 4.4%. Kadar ini akan berubah-ubah apabila kadar BLR dan tawaran dari bank berubah.
Bagaimana interest OD dikira....
Anda menggunakan credit OD RM5000
RM5000 x 4.4% = RM220
RM220 dibahagikan dengan 365 hari untuk mendapatkan interest sehari
RM220 / 365 hari = RM0.61/hari
Pengiraan interest OD untuk tempuh sebulan (31 hari).....
Credit digunakan RM10,000
28hb anda masukkan gaji ke OD - RM2500
30hb anda keluarkan dari OD - RM2000
1hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
2hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
3hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
4hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
5hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
6hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
7hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
8hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
9hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
10hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
11hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
12hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
13hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
14hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
15hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
16hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
17hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
18hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
19hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
20hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
21hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
22hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
23hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
24hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
25hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
26hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
27hb - RM10,000 x 4.4% = RM440 / 365 hari = RM1.21
28hb - RM7,500 x 4.4% = RM330 / 365 hari = RM0.91
29hb - RM7,500 x 4.4% = RM330 / 365 hari = RM0.91
30hb - RM9,500 x 4.4% = RM418 / 365 hari = RM1.15
31hb - RM9,500 x 4.4% = RM418 / 365 hari = RM1.15
Jumlah interest untuk bulan ini dikenakan sebanyak RM37.95. Jumlah ini akan ditolak dari akaun OD anda pada akhir bulan.
Penasihat-Penasihat Kewangan mengatakan simpan 30% dari gaji untuk tabong kecemasan. Artikel-artikel dalam blog ini merupakan pengalaman penulis sendiri, dari rakan-rakan, pembacaan dari buku-buku, internet dll
Thursday, June 3, 2010
Tuesday, June 1, 2010
Masih Beruntungkah Jika Terminate Loan ASB Awal

Memang benar, tempuh 25 tahun itu terlalu panjang, mungkin sesuai ia dijadikan sebagai plan persaraan. Bayaran bulanan sebanyak RM552.00 sebulan melibatkan komitmen dan mungkin akan menimbulkan masalah apabila hendak membuat pinjaman perumahan nanti.
Pandangan peribadi saya berkenaan dengan loan ASB, peminjam cuma perlu membayar ansuran tahun pertama sahaja, bayaran ansuran untuk tahun-tahun berikutnya dibuat dengan dividen. Sila kemaskini buku akaun ASB setiap awal tahun. Dengan mengandaikan ansuran bermula januari, anda cuma perlu bayar sebanyak RM552.00 x 12 bulan = RM6,624.00 dari wang sendiri/gaji. Pembayaran untuk tahun berikutnya dibuat dengan wang dividen.
Berkenaan dengan komitmen, anda boleh terminate loan ASB jika itu menjadi penghalang kepada pinjaman perumahan. Mungkin tindakan yang sama akan diambil jika berlaku kenaikan kadar BLR yang tinggi. Masih beruntungkah jika terminate loan ASB awal..... jom kita buat pengiraan.....
Loan ASB Maybank RM100K
Tempuh bayaran balik 25 tahun
Ansuran bulanan RM552.00
Lock-in period 2 tahun dengan penalty 3%
Faedah pinjaman BLR 6.05% - 1.65% = 4.40% (akan berubah2 dari masa kesemasa)
Jadual pembayaran balik disini.
Dividen ASB @ 7% setahun.
Tempuh 5 tahun:
Jumlah bayaran = RM33,120.00
Jumlah dividen ASB @ 7% = RM40,255.17
Jumlah bayaran pokok pinjaman = RM12,290.27
Jumlah pulangan RM40,255.17 + RM12,290.27 = RM52,545.44
Tempuh 10 tahun:
Jumlah bayaran = RM66,240.00
Jumlah dividen ASB @ 7% = RM96,715.14
Jumlah bayaran pokok pinjaman = RM27,598.74
Jumlah pulangan RM96,715.14 + RM27,598.74 = RM124,313.88
Tempuh 15 tahun:
Jumlah bayaran = RM99,360.00
Jumlah dividen ASB @ 7% = RM175,903.15
Jumlah bayaran pokok pinjaman = RM46,666.59
Jumlah pulangan RM175,903.15 + RM46,666.59 = RM222,569.74
Tempuh 20 tahun:
Jumlah bayaran = RM132,480.00
Jumlah dividen ASB @ 7% = RM286,968.45
Jumlah bayaran pokok pinjaman = RM70,417.03
Jumlah pulangan RM286,968.45 + RM70,417.03 = RM357,385.48
Dari pengiraan diatas dapatlah disimpulkan bahawa dengan kadar faedah pinjaman 4.4% sebagaimana sekarang, peminjam/pelabur masih beruntung walaupun terminate loan ASB awal.
Selamat melabur.
Subscribe to:
Posts (Atom)