Mungkin ada diantara pelawat blog ini masih terfikir-fikir samada mahu membuat pinjaman ASB atau sebaliknya memandangkan tempuh pembayaran balik sehingga 25 tahun - terlalu lama.Memang benar, tempuh 25 tahun itu terlalu panjang, mungkin sesuai ia dijadikan sebagai plan persaraan. Bayaran bulanan sebanyak RM552.00 sebulan melibatkan komitmen dan mungkin akan menimbulkan masalah apabila hendak membuat pinjaman perumahan nanti.
Pandangan peribadi saya berkenaan dengan loan ASB, peminjam cuma perlu membayar ansuran tahun pertama sahaja, bayaran ansuran untuk tahun-tahun berikutnya dibuat dengan dividen. Sila kemaskini buku akaun ASB setiap awal tahun. Dengan mengandaikan ansuran bermula januari, anda cuma perlu bayar sebanyak RM552.00 x 12 bulan = RM6,624.00 dari wang sendiri/gaji. Pembayaran untuk tahun berikutnya dibuat dengan wang dividen.
Berkenaan dengan komitmen, anda boleh terminate loan ASB jika itu menjadi penghalang kepada pinjaman perumahan. Mungkin tindakan yang sama akan diambil jika berlaku kenaikan kadar BLR yang tinggi. Masih beruntungkah jika terminate loan ASB awal..... jom kita buat pengiraan.....
Loan ASB Maybank RM100K
Tempuh bayaran balik 25 tahun
Ansuran bulanan RM552.00
Lock-in period 2 tahun dengan penalty 3%
Faedah pinjaman BLR 6.05% - 1.65% = 4.40% (akan berubah2 dari masa kesemasa)
Jadual pembayaran balik disini.
Dividen ASB @ 7% setahun.
Tempuh 5 tahun:
Jumlah bayaran = RM33,120.00
Jumlah dividen ASB @ 7% = RM40,255.17
Jumlah bayaran pokok pinjaman = RM12,290.27
Jumlah pulangan RM40,255.17 + RM12,290.27 = RM52,545.44
Tempuh 10 tahun:
Jumlah bayaran = RM66,240.00
Jumlah dividen ASB @ 7% = RM96,715.14
Jumlah bayaran pokok pinjaman = RM27,598.74
Jumlah pulangan RM96,715.14 + RM27,598.74 = RM124,313.88
Tempuh 15 tahun:
Jumlah bayaran = RM99,360.00
Jumlah dividen ASB @ 7% = RM175,903.15
Jumlah bayaran pokok pinjaman = RM46,666.59
Jumlah pulangan RM175,903.15 + RM46,666.59 = RM222,569.74
Tempuh 20 tahun:
Jumlah bayaran = RM132,480.00
Jumlah dividen ASB @ 7% = RM286,968.45
Jumlah bayaran pokok pinjaman = RM70,417.03
Jumlah pulangan RM286,968.45 + RM70,417.03 = RM357,385.48
Dari pengiraan diatas dapatlah disimpulkan bahawa dengan kadar faedah pinjaman 4.4% sebagaimana sekarang, peminjam/pelabur masih beruntung walaupun terminate loan ASB awal.
Selamat melabur.
3 comments:
Tempuh 5 tahun:
Jumlah bayaran = RM33,120.00
Jumlah dividen ASB @ 7% = RM40,255.17
Jumlah bayaran pokok pinjaman = RM12,290.27
Jumlah pulangan RM40,255.17 + RM12,290.27 = RM52,545.44
macamana blh dapat Jumlah dividen ASB @ 7% = RM40,255.17?
cuba tunjukkan jalan kiraan dapat dividen tu?
mcm mn cara nak terminate loan tu ye? di asb atau di bank yg buat pnjaman?
mcm mne kalo terminate hanye dlm 1 bln pembayaran shaja selama 1 tahun??
Post a Comment