Friday, November 5, 2010

Simpanan Emas Dari Hasil Dividen ASB

Mungkin pelabur-pelabur ASB sekarang ini tertunggu-tunggu hasil dividen pelaburan mereka yang dilaburkan sejak januari lalu. Januari 2011 akan membuahkan hasil untuk pelaburan mereka. Ada yang menyimpan/melabur secara bulanan dan ada yang mengunakan pinjaman ASB untuk pelaburan masing-masing.

Catatan saya kali ini adalah berkenaan dengan mempelbagaikan simpanan/pelaburan diantara ASB dengan Emas. Harga pembelian dan jualan unit amanah ASB adalah tetap iaitu dengan kadar RM1 seunit, manakala Emas pula berubah-ubah mengikut harga semasa. ASB akan menjana keuntungan dividen, manakala emas menjana keuntungan melalui keuntungan modal.

Secara ringkasnya pelaburan Emas boleh dibuat dengan cara:
- pembelian/penjualan secara online
- pembelian/penjualan melalui buku akaun simpanan emas
- pembelian/penjualan dengan emas fizikal

Berbalik kepada ASB, dividen akan dimasukkan kedalam buku akaun pelabur setelah buku akaun diupdate. Pelabur akan menerima keuntungan dividen berdasarkan baki terendah setiap bulan. Untuk memudahkan pengiraan, kita ambil contoh mereka yang melabur dengan menggunakan pinjaman ASB, bermula januari lepas. Anggaran dividen 7% setahun.

- RM50,000 x 7% = RM3500
- RM100,000 x 7% = RM7000
- RM150,000 x 7% = RM10,500
- RM200,000 x 7% = RM14,000

Dividen sebanyak RM3500 dapat memiliki emas fizikal, Dinar Emas 5 keping x 1 dinar (anggaran 1 dinar RM650), atau 20 gram emas Public Gold (anggaran 20gm RM3130) atau membeli emas melalui buku akaun simpanan emas KFH sebanyak 25 gram (anggaran 1gm RM137.00)

Dividen RM7000:
- 10 keping Dinar Emas atau 2 keping 20 gram Public Gold
- 51 gram emas KFH (emas 995%)

Dividen RM10,500:
- 16 keping Dinar Emas atau 3 keping 20 gram Public Gold atau 2 keping 1oz (31.1gm) Kijang Emas (anggaran 1oz RM4400)
- 76 gram emas KFH

Dividen RM14,000:
- 21 keping Dinar Emas atau 2 keping 20 gram + 1 keping 50 gram Public Gold atau 3 keping 1oz Kijang Emas
- 102 gram ems KFH

Diharap catatan ini bermanfaat bagi pelawat blog ini.

Nota: Harta semasa emas berubah-ubah dari masa kesemasa

Blog Dinar Emas
Blog Emas Fizikal

No comments: