Sunday, October 3, 2010

Saving Bulanan vs Loan ASB

Dengan kemampuan saving sebanyak RM250 sebulan, dimanakah anda ingin membuat saving??? Adakah saving dengan ASB, atau guna OPM (hutang/loan) aka loan ASB.

SAVING BULANAN:
Dengan saving bulanan RM250 x 12 bulan x 5 tahun = RM15,000. Dengan mengambilkira dividen ASB @ 7%p.a., saving anda akan menjadi RM17,906.36, diawal tahun keenam.

Keuntungan: RM17,906.36 - RM15,000.00 = RM2,906.36
Peratus keuntungan: 19.37%
Peratus keuntungan setahun: 3.87%

LOAN ASB:
Anda gunakan RM250 sebulan sebagai ansuran bulanan keatas loan ASB. Dengan RM225.07 sebulan, anda boleh dapatkan loan ASB sebanyak RM50K dengan EasyRHB. EasyRHB menawarkan bayaran faedah sahaja untuk tempuh 5 tahun pertama. Pulangan dividen dari loan ASB sebanyak RM50K, dengan mengambilkira dividen @ 7%p.a. ialah RM20,127.59

Jumlah simpanan/bayaran: RM225.07 x 12 x 5 = RM13,504.20
Keuntungan: RM20,127.59 - RM13,504.20 = RM6,623.39
Peratus keuntungan: 49.05%
Peratus keuntungan setahun: 9.80%

Anda tentukan sendiri simpanan anda.

Nota kaki:
- Saving sebanyak RM250 sebulan, sebagai contoh
- Loan ASB RM50K sebagai contoh
- Loan ASB EasyRHB RM10K - RM100K
- Dividen ASB @ 7% sebagai contoh
- Ansuran bulanan mengikut kadar faedah BLR 6.3% - 1.00% = 5.3% (Oktober 2010)
- Kadar faedah akan berubah dari masa kesemasa

No comments: