Sunday, August 16, 2009

Fungsi Wang

Sesuatu barang dianggap sebagai wang jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:

Bahan pertukaran

Bahan pertukaran merupakan satu perantara yang digunakan dalam perdagangan bagi mengelakkan kesulitan satu sistem tukar barang murni.

• Ia juga mudah di bawa atau diangkut; logam berharga mempunyai nisbah nilai kepada berat yang tinggi. Sebab itulah minyak, arang atau air tidak sesuai sebagai duit walaupun mudah dibawa. Wang kertas dibuktikan sesuai dengan hal ini.

• Ia juga haruslah tahan lama. Wang sering tertinggal di dalam saku ketika mencuci. Wang 20 Peso Mexico dibuat daripada plastik untuk ketahanannya. Syiling emas juga dicampurkan tembaga untuk meningkatkan ketahanannya dan Isaac Newton turut memperkenalkan syiling yang dibuat berserta lurah ditepinya untuk mengelakkan dipotong atau dikikis dan dicairkan.

Unit akaun

Satu unit akaun adalah satu unit ukuran nombor piawai bagi nilai pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan urusan lain. Ia juga perlu bagi persetujuan perdagangan yang melibatkan hutang.

• Ia haruslah boleh dibahagikan kepada unit kecil tanpa memusnahkan nilainya; logam berharga boleh ditempa daripada jongkong logam, atau dileburkan menjadi jongkong semula. Ini menyebabkan kulit haiwan atau haiwan itu sendiri tidak sesuai dijadikan wang.

• Ia haruslah bersamaan dengan yang lain: iaitu satu unit atau benda itu haruslah serupa dengan yang lain yang kerana itulah berlian, hasil seni dan harta tanah tidak sesuai sebagai wang.

• Ia haruslah mempunyai berat atau saiz atau ukuran tertentu untuk memudahkan pengiraan.

Penyimpan nilai

Untuk menjadi sebagai satu penyimpan nilai, satu komoditi, dalam bentuk wang, atau modal kewangan mestilah boleh disimpan dengan selamat dan boleh didapat kembali - dan boleh dijangkakan sebagai berguna apabila ia didapatkan kembali.

• Ia haruslah tahan lama, tahan lasak, tidak mudah musnah atau reput. Disebabkan itu, makanan, rempah-ratus, sutera halus dan ambal tidak sesuai dijadikan wang.

• Ia haruslah mempunyai nilai yang stabil.

• Ia haruslah sukar untuk dipalsukan dan yang tulen mudah dikenali.

Kecairan pasaran

Wang merupakan bentuk kecairan pasaran. Kecairan menentukan betapa mudahnya sesuatu benda didagangkan untuk benda yang lain. Wang memberikan kemudahan untuk memiliki benda lain tanpa perlu menggunakan sistem barter.

• Ia haruslah mempunyai nilai kembangan yang rendah antara harga untuk jual beli yang dalam kata lain kos transaksi yang rendah.

• Wang juga haruslah paling kurang penurunan kebergunaan marjinal, yang membawa maksud apabila anda menambah unit tersebut, setiap unit harganya sama seperti unit sebelumnya dan tidak berkurang dengan banyak.

Kerana itulah, emas dan perak sering dipilih dalam sejarah wang dalam kebanyakan masyarakat dan budaya. Platinum dan Palladium tidak dikenali dan ditulenkan hinggalah dua ratus tahun kebelakangan ini, maka tidak mepunyai sejarah yang panjang tetapi mungkin mengubah masa depan.

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_wang

No comments: