Jika diimbas kembali dizaman silam, ada diantara Fa-Fa dan Ma-Ma (FA-MA - father & mother) kita menyimpan wang mereka dibawah bantal, dibawah tikar, didalam almari baju dan sebagainya. Zaman kanak-kanak kita dulu, kita diajar supaya menyimpan/menabung. Ada yang menabung dalam tabung buluh, tabong arnab, tabong ayam dan sebagainya.
Amalan menabong / menyimpan adalah amalan yang baik dimana kita didik untuk berjimat. Dengan wang yang terkumpul itu digunakan untuk membeli barang yang kita hajati ketika itu. Wang yang diperolihi dari Fa-Ma sebanyak 10 sen atau 20 sen dimasukkan dalam tabong gajah. Apabila ada barang yang dihajati dan tabong gajah hampir penuh, gajah tersebut disembelih guna parang besar, berderai gajah itu kena hentak.
Saya masih ingat lagi hasil dari tabong gajah itulah saya membuka akaun bank "Post Office Saving Bank". Buku akaunnya besar macam kitab Yaasin. Sekarang buku akaun itu tidak digunakan lagi, telah bertukar kepada Bank Simpanan Nasional. Menjadi bank tersendiri dan terpisah dengan Post Office atau Pejabat Pos, juga telah bertukar kepada Pos Malaysia Berhad.
Dari menyimpan dibawah bantal dan sebagainya, sehinggalah menabong menggunakan tabong gajah dan akhirnya menyimpan melalui bank. Selain dari Bank Simpanan Nasional, ada banyak lagi bank-bank swasta. Ini yang sempat saya senaraikan.
- Bank Simpanan Nasional
- Maybank
- Standard Chartered Bank
- Rashid Hussin Bank
- City Bank
- United Overseas Bank
- CIMB
- Public Bank
- Hong Leong Bank
- HSBC
- Alliance Bank
- Al-Rajhi Bank
- Bank Rakyat
- Bank Islam
- Agro Bank
Ada diantara bank-bank tersebut kekal namanya sampai sekarang dan ada juga yang telah bertukar nama dan bergabung diantara satu sama lain dengan nama baru.
Apa yang saya hendak sampaikan ialah cara penyimpanan wang sekarang adalah lebih selamat dibandingkan dengan cara menyimpan dahulu. Ramai yang sudah maklum bahawa wang atau Ringgit Malaysia tidak dapat lari kejatuhan nilai akibat inflasi. Walau bagaimana pun simpanan yang mencukupi tempuh matang akan diberikan faedah bagi jumlah simpanan tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Apakah faedah yang diberikan oleh bank dapat menampong semula nilai ringgit yang jatuh akibat inflasi. Untuk itu perlu dilihat berapakah kadar inflasi dan berapa pula kadar faedah bank.
Jawapannya sudah tentu tidak. Apabila ekonomi negara merosot, inflasi akan meningkat, bank tidak dapat membuat keuntungan yang banyak menyebabkan faedah yang akan dikeluarkan juga rendah. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Bahagikan simpanan atau tabungan anda kepada dua akaun.
- Akaun Bank - untuk urusan pembayaran gaji dan perbelanjaan hari
- Akaun LUTH - untuk simpanan atau tabong kecemasan sebagaimana catatan saya sebelum ini.
Mengapa Lembaga Urusan Dan Tabong Haji? Kerana dividen yang diberikan oleh LUTH lebih tinggi dari faedah bank. Dividen LUTH tahun 2008 ialah sebanyak 5%.
Dividen Tabong Haji tahun 2008 - 5%
Berikut adalah peratusan kadar dividen Tabung Haji sepanjang 7 tahun yang lepas :
Tahun 2007 = 5.0% + 2.0% dividen khas
Tahun 2006 = 4.75%
Tahun 2005 = 4.5%
Tahun 2004 = 4.3%
Tahun 2003 = 4.0%
Tahun 2002 = 3.5%
Tahun 2001 = 3.25%
Bagi mereka yang cuma menyimpan dibank perdagangan, sila buka akaun simpanan dengan Tabong Haji dan pindahkan sebahagian dari wang itu ke Tabong Haji. Pengeluaran wang dari Tabong Haji boleh dibuat di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan Tabong Haji, manakala urusan tabongan atau menyimpan boleh juga dibuat melalui agen termasuk Pos Malaysia Berhad.
Catatan sebelum ini: Wang Dan Anda
No comments:
Post a Comment