Showing posts with label Tabong Haji. Show all posts
Showing posts with label Tabong Haji. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Bonus Tabung Haji 2011 Sebanyak 6%


SERAMAI 6.96 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati pembayaran bonus sebanyak enam peratus bagi 2011 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit pada 8 Februari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peningkatan pembayaran bonus berkenaan berikutan kejayaan TH mengekalkan prestasi kewangannya dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua, manakala keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-turut sejak 2007.

“Kadar bonus pendeposit TH adalah berdaya saing memandangkan profil pelaburan TH terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah saja, namun agensi itu masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2010 sebanyak 5.5 peratus.

“Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion adalah daripada keuntungan tahun semasa, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding jumlah bonus pendeposit yang dibayar pada 2010 berjumlah RM1.33 bilion,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di bawahnya di Putrajaya, semalam. Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor.

Jamil Khir berkata, pendapatan TH tahun lalu berjumlah RM2.2 bilion meningkat sebanyak RM120 juta atau enam peratus berbanding 2010, dengan pertambahan dua kali ganda kadar pendapatan TH sejak 2006.

Menurutnya, ia seiring dengan pertumbuhan saiz dana pendeposit sebanyak 17 peratus berjumlah RM31.70 bilion berbanding RM27.11 bilion pada tahun sebelumnya.

Sumber: hmetro

Saturday, February 12, 2011

Bonus Tabung Haji 2010 5.50 Peratus

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan pendapatan mencecah lebih RM2 bilion bagi tahun 2010 berbanding RM1.7 bilion untuk tahun sebelumnya, peningkatan 17 peratus.

Berikutan peningkatan pendapatan itu, TH turut mengumumkan peningkatan pembayaran bonus pendeposit kepada 5.50 peratus untuk 2010 berbanding 5.0 peratus pada tahun sebelumnya.

Ia akan membabitkan pembayaran bonus sebanyak RM1.33 bilion kepada pendeposit, meningkat 24 peratus berbanding RM1.07 bilion pada tahun 2009.

Pada majlis pengumuman prestasi kewangan TH yang cemerlang itu, agensi itu enggan mengulas lanjut mengenai kos mengerjakan haji walaupun terdapat kenaikan kos mengerjakan ibadat itu tahun demi tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Ismee Ismail berkata, jika terdapat kenaikan kos, pihaknya akan memastikan peningkatan itu tidak akan membebankan bakal jemaah haji seperti yang pernah dijanjikan oleh kerajaan.

''Tunggulah, bila tiba masanya,'' kata beliau ketika ditanya sama ada TH telah menyerahkan permohonan kos baru untuk mengerjakan haji kepada kerajaan pada sidang akhbar ketika mengumumkan prestasi kewangan TH di sini hari ini.

Menurut beliau, kos mengerjakan haji bergantung kepada dua komponen penting iaitu kos perumahan atau penginapan dan kos penerbangan.

''Buat masa ini kedua-dua kos itu telah meningkat sebanyak 80 hingga 82 peratus terutamanya membabitkan kos penginapan kerana Masjidil Haram sedang mengalami pembesaran.

''Ini menyebabkan ada jemaah haji yang terpaksa menginap jauh dari Masjidil Haram. Ia berkait dengan teori penawaran dan permintaan, jika apa yang ditawarkan sedikit, tetapi permintaan tinggi, maka kos meningkat,'' kata beliau.

Kos minimum mengerjakan haji pada musim lalu ialah RM9,980 seorang manakala kos sebenarnya ialah RM13,000.

Mengulas mengenai prestasi kewangan TH, Ismee percaya prestasi baik itu dapat dikekalkan pada tahun hadapan memandangkan pemulihan ekonomi negara dan dunia yang semakin baik.

Jumlah pendeposit TH juga semakin ramai iaitu 5.6 juta orang dengan nilai deposit sebanyak RM25.8 bilion pada 31 Disember 2010 berbanding 5.1 juta orang dengan nilai deposit berjumlah RM21.3 bilion pada tahun sebelumnya, kata beliau.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan nilai deposit akan mencecah RM30 bilion pada tahun ini dan menetapkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk dirinya dengan meningkatkan prestasi kewangan pada tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang mengulas mengenai prestasi kewangan TH memberitahu, TH telah mencatat keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali keempat berturut-turut.

''Keadaan ekonomi yang kondusif, pelaksanaan pelan perniagaan yang baik dan perbelanjaan yang berhemah, komitmen yang tinggi daripada para jemaah lembaga pengarah, ahli-ahli panel pelaburan, pihak pengurusan serta sokongan padu daripada pendeposit telah membantu TH mencatatkan prestasi kewangan yang cemerlang itu,'' katanya.

Mengulas sumber-sumber utama pendapatan TH, beliau berkata, ia adalah daripada pelaburan ekuiti pada kadar 65 peratus dan daripada angka itu, 19 peratus adalah pendapatan dividen dan 46 peratus adalah daripada keuntungan urusniaga saham.

Penyumbang kedua terbesar ialah pelaburan sekuriti hutang terutamanya bon Islam yang menyumbang 10 peratus pendapatan TH pada tahun 2010.

Keuntungan selepas zakat 2010 berkembang 34 peratus berbanding 2009 manakala kadar pertumbuhan purata tahunan bagi keuntungan selepas zakat sejak 2006 sehingga 2010 adalah sebanyak 24 peratus.

TH memperuntukkan pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM41 juta bagi tahun 2010 berbanding dengan pembayaran zakat berjumlah RM39 juta pada tahun 2009.

Sumber: Utusan Malaysia

Wednesday, January 19, 2011

Bonus Tabung Haji 5 peratus

PUTRAJAYA 3 Feb. - Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus pendeposit lima peratus untuk tahun kewangan 2009.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kadar itu merupakan tambahan 2.75 peratus bagi separuh tahun kedua 2009 kepada bonus interim dengan jumlah anggaran keseluruhan bayaran sebanyak RM1.1 bilion.

Pemberian bonus interim bagi separuh tahun pertama pada kadar 2.25 peratus (RM465 juta) dibuat Oktober tahun lalu.

"Baki bonus 2.75 peratus (RM595 juta) ini akan dimasukkan ke akaun 5.1 juta pendeposit pada 8 Februari ini.

"Sekiranya diteliti kadar bonus ini, jelas ia lebih kompetitif malah jauh lebih baik berbanding kadar simpanan tetap dan tabungan komersial.

"Ini kerana Tabung Haji berjaya mengekalkan kadar bonusnya pada 2009 dan tahun sebelumnya dalam suasana kadar pasaran dan keuntungan deposit di perbankan komersial yang menurun sejak 2008," katanya pada sidang akhbar di sini.

Jamil Khir berkata, 2009 sekali lagi menyaksikan Tabung Haji berjaya merekodkan keuntungan selepas zakat melepasi RM1 bilion buat kali ketiga berturut-turut sejak 2007.

Katanya, pendapatan dan keuntungan selepas zakat Tabung Haji masing-masing sebanyak RM1.7 bilion dan RM1.1 bilion telah meningkat pada kadar 12 peratus berbanding 2008.

Menurut beliau, sumber pendapatan utama Tabung Haji terdiri daripada keuntungan urusniaga saham yang menyumbang 49 peratus, dividen (19 peratus), keuntungan bon Islam (10 peratus), keuntungan pasaran wang (lapan peratus), sewaan (tujuh peratus), keuntungan jualan hartanah dan aset (lima peratus) dan lain-lain dua peratus.

"Dari sudut perbelanjaan pula, kos pengurusan operasi Tabung Haji untuk 2009 telah mengambil kira kos tanggungan langsung haji sebanyak RM54 juta pada 2009 untuk musim haji 1430H," katanya.

Jamil Khir berkata, Tabung Haji pada tahun lalu turut memperuntukkan RM39 juta sebagai zakat perniagaan berbanding RM38 juta pada 2008.

Katanya, zakat perniagaan itu akan diagihkan ke setiap negeri mengikut jumlah purata baki terendah bulanan deposit terkumpul sehingga 31 Disember 2009.

Kata beliau: "Dari sudut simpanan, dana pendeposit terkumpul untuk 2009 telah meningkat pada kadar 12 peratus iaitu daripada RM20.6 bilion untuk 2008 kepada RM23 bilion.

"Jika diimbas kembali, dana pendeposit Tabung Haji terus menunjukkan peningkatan yang tinggi dan berterusan sejak 2006 dengan peningkatan sebanyak RM9.7 bilion daripada RM13.3 bilion pada awal 2006 kepada RM23 bilion pada akhir 2009," ujarnya.

Peningkatan ini, kata Jamil Khir, menunjukkan keyakinan pendeposit dengan penambahan simpanan sebanyak RM5.9 bilion dan penambahan nilai sebanyak RM3.8 bilion daripada aktiviti pelaburan sejak 2006.

Sumber: Utusan Malaysia

Kita tunggu berapa pula bonus untuk tahun 2010......

Monday, August 24, 2009

Simpanan Dalam Tabung Haji


Tabung Haji adalah salah satu institusi yang baik untuk menyimpan / menabung. Ini adalah kerana prestasi yang sangat memberansangkan sejauh ini. Dengan menyimpan / menabung dengan Tabung Haji sekurang-kurangnya penyimpan dapat mengurangkan susut nilai wang simpanan mereka akibat inflasi oleh kerana dividen tahunan yang diberikan oleh Tabung Haji agak memberangsangkan. Yang lebih menarik lagi ialah dividen yang dibayar kepada penyimpan adalah jumlah bersih setelah ditolak zakat wang simpanan.

Berikut adalah peratusan kadar dividen Tabung Haji sepanjang 8 tahun yang lepas:

Tahun 2008 = 5.0%
Tahun 2007 = 5.0% + 2.0% dividen khas
Tahun 2006 = 4.75%
Tahun 2005 = 4.5%
Tahun 2004 = 4.3%
Tahun 2003 = 4.0%
Tahun 2002 = 3.5%
Tahun 2001 = 3.25%
(Peratusan ini diperolihi dari blog ini)

Pembukaan akaun boleh dibuat dimana-mana cawangan Tabung Haji.
Kelayakan membuka akaun Tabung Haji:

- Individu beragama Islam, dan
- Warganegara Malaysia atau Permastautin tetap

Simpanan permulaan sekurang-kurangnya RM2.00
Pemohon perlu membawa kad pengenalan atau kad kuasa Polis atau Tentera
Bagi kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun, penjaga perlu membawa surat beranak
Pemilik akaun akan diberi Buku Akaun Simpanan Tabung Haji

Borang penamaan wajib diisi semasa pemohon membuka akaun Tabung Haji. Borang penamaan memudahkan pembahayaran wang simpanan kepada waris sekiranya berlaku kematian kepada pendeposit. Penama adalah terdiri dari waris-waris yang berhak mengikut hukum syarak. Penama boleh dikemaskini mengikut keperluan pendeposit.

Simpanan boleh dibuat dimana-mana cawangan Tabung Haji atau wakil-wakil yang dilantik.

Tabong Haji menyediakan kemudahan pengeluaran wang oleh pendeposit seperti berikut. Pemohon perlu membawa kad pengenalan dan buku akaun Tabung Haji.

- pengeluaran tunai dikaunter Tabung Haji sehingga RM10,000.00 sehari
- pengeluaran cek dikaunter Tabung Haji Negeri atau Ibu Pejabat
- pindah ke akaun bank pendeposit
- pengeluaran melalui mesin ATM Bank Islam dan Bank Rakyat

Dari kreteria-kreteria diatas, saya berpendapat bahawa Tabung Haji adalah pilihan terbaik untuk menyimpan wang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari website TH

Wednesday, August 12, 2009

Dimana Wang Anda Disimpan

Jika diimbas kembali dizaman silam, ada diantara Fa-Fa dan Ma-Ma (FA-MA - father & mother) kita menyimpan wang mereka dibawah bantal, dibawah tikar, didalam almari baju dan sebagainya. Zaman kanak-kanak kita dulu, kita diajar supaya menyimpan/menabung. Ada yang menabung dalam tabung buluh, tabong arnab, tabong ayam dan sebagainya.

Amalan menabong / menyimpan adalah amalan yang baik dimana kita didik untuk berjimat. Dengan wang yang terkumpul itu digunakan untuk membeli barang yang kita hajati ketika itu. Wang yang diperolihi dari Fa-Ma sebanyak 10 sen atau 20 sen dimasukkan dalam tabong gajah. Apabila ada barang yang dihajati dan tabong gajah hampir penuh, gajah tersebut disembelih guna parang besar, berderai gajah itu kena hentak.

Saya masih ingat lagi hasil dari tabong gajah itulah saya membuka akaun bank "Post Office Saving Bank". Buku akaunnya besar macam kitab Yaasin. Sekarang buku akaun itu tidak digunakan lagi, telah bertukar kepada Bank Simpanan Nasional. Menjadi bank tersendiri dan terpisah dengan Post Office atau Pejabat Pos, juga telah bertukar kepada Pos Malaysia Berhad.

Dari menyimpan dibawah bantal dan sebagainya, sehinggalah menabong menggunakan tabong gajah dan akhirnya menyimpan melalui bank. Selain dari Bank Simpanan Nasional, ada banyak lagi bank-bank swasta. Ini yang sempat saya senaraikan.

- Bank Simpanan Nasional
- Maybank
- Standard Chartered Bank
- Rashid Hussin Bank
- City Bank
- United Overseas Bank
- CIMB
- Public Bank
- Hong Leong Bank
- HSBC
- Alliance Bank
- Al-Rajhi Bank
- Bank Rakyat
- Bank Islam
- Agro Bank

Ada diantara bank-bank tersebut kekal namanya sampai sekarang dan ada juga yang telah bertukar nama dan bergabung diantara satu sama lain dengan nama baru.

Apa yang saya hendak sampaikan ialah cara penyimpanan wang sekarang adalah lebih selamat dibandingkan dengan cara menyimpan dahulu. Ramai yang sudah maklum bahawa wang atau Ringgit Malaysia tidak dapat lari kejatuhan nilai akibat inflasi. Walau bagaimana pun simpanan yang mencukupi tempuh matang akan diberikan faedah bagi jumlah simpanan tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Apakah faedah yang diberikan oleh bank dapat menampong semula nilai ringgit yang jatuh akibat inflasi. Untuk itu perlu dilihat berapakah kadar inflasi dan berapa pula kadar faedah bank.

Jawapannya sudah tentu tidak. Apabila ekonomi negara merosot, inflasi akan meningkat, bank tidak dapat membuat keuntungan yang banyak menyebabkan faedah yang akan dikeluarkan juga rendah. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Bahagikan simpanan atau tabungan anda kepada dua akaun.

- Akaun Bank - untuk urusan pembayaran gaji dan perbelanjaan hari
- Akaun LUTH - untuk simpanan atau tabong kecemasan sebagaimana catatan saya sebelum ini.

Mengapa Lembaga Urusan Dan Tabong Haji? Kerana dividen yang diberikan oleh LUTH lebih tinggi dari faedah bank. Dividen LUTH tahun 2008 ialah sebanyak 5%.

Dividen Tabong Haji tahun 2008 - 5%

Berikut adalah peratusan kadar dividen Tabung Haji sepanjang 7 tahun yang lepas :

Tahun 2007 = 5.0% + 2.0% dividen khas
Tahun 2006 = 4.75%
Tahun 2005 = 4.5%
Tahun 2004 = 4.3%
Tahun 2003 = 4.0%
Tahun 2002 = 3.5%
Tahun 2001 = 3.25%

Bagi mereka yang cuma menyimpan dibank perdagangan, sila buka akaun simpanan dengan Tabong Haji dan pindahkan sebahagian dari wang itu ke Tabong Haji. Pengeluaran wang dari Tabong Haji boleh dibuat di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan Tabong Haji, manakala urusan tabongan atau menyimpan boleh juga dibuat melalui agen termasuk Pos Malaysia Berhad.

Catatan sebelum ini: Wang Dan Anda