Saturday, February 4, 2012

Bonus Tabung Haji 2011 Sebanyak 6%


SERAMAI 6.96 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati pembayaran bonus sebanyak enam peratus bagi 2011 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit pada 8 Februari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peningkatan pembayaran bonus berkenaan berikutan kejayaan TH mengekalkan prestasi kewangannya dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua, manakala keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-turut sejak 2007.

“Kadar bonus pendeposit TH adalah berdaya saing memandangkan profil pelaburan TH terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah saja, namun agensi itu masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2010 sebanyak 5.5 peratus.

“Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion adalah daripada keuntungan tahun semasa, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding jumlah bonus pendeposit yang dibayar pada 2010 berjumlah RM1.33 bilion,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di bawahnya di Putrajaya, semalam. Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor.

Jamil Khir berkata, pendapatan TH tahun lalu berjumlah RM2.2 bilion meningkat sebanyak RM120 juta atau enam peratus berbanding 2010, dengan pertambahan dua kali ganda kadar pendapatan TH sejak 2006.

Menurutnya, ia seiring dengan pertumbuhan saiz dana pendeposit sebanyak 17 peratus berjumlah RM31.70 bilion berbanding RM27.11 bilion pada tahun sebelumnya.

Sumber: hmetro

8 comments:

Unknown said...

perbezaan besar antara simpanan dan pelaburan layari
http://www.kadprepaidfizikal.com/pelabur

Unknown said...

jangan lupa zakat pendapatan

http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/zakat-pendapatan.html

Unknown said...

Still losing? I`m using the first ever U.S.A.patented Forex striker that destroys brokers and makes cash everyday. Pls visit my Forex striker Review and discover how i earned almost $18,000 in less than a month.

NN said...
This comment has been removed by the author.
NN said...

Tabung Haji punya pulangan mmg memberangsangkan. Tapi kena ingat , kita kena diversified pelaburan kita untuk pulangan yang lebih maksima. Kalau rajin , boleh belajar cara buat duit online selain melabur dalam ASB dan tabung haji. Forex dan binary option jugak patut dipertimbangkan.

Blog said...
This comment has been removed by the author.
Blog said...

mari buat pinjaman bijak untuk masa hadapan.

viviwong said...

facebook,com