Monday, August 24, 2009

Simpanan Dalam Tabung Haji


Tabung Haji adalah salah satu institusi yang baik untuk menyimpan / menabung. Ini adalah kerana prestasi yang sangat memberansangkan sejauh ini. Dengan menyimpan / menabung dengan Tabung Haji sekurang-kurangnya penyimpan dapat mengurangkan susut nilai wang simpanan mereka akibat inflasi oleh kerana dividen tahunan yang diberikan oleh Tabung Haji agak memberangsangkan. Yang lebih menarik lagi ialah dividen yang dibayar kepada penyimpan adalah jumlah bersih setelah ditolak zakat wang simpanan.

Berikut adalah peratusan kadar dividen Tabung Haji sepanjang 8 tahun yang lepas:

Tahun 2008 = 5.0%
Tahun 2007 = 5.0% + 2.0% dividen khas
Tahun 2006 = 4.75%
Tahun 2005 = 4.5%
Tahun 2004 = 4.3%
Tahun 2003 = 4.0%
Tahun 2002 = 3.5%
Tahun 2001 = 3.25%
(Peratusan ini diperolihi dari blog ini)

Pembukaan akaun boleh dibuat dimana-mana cawangan Tabung Haji.
Kelayakan membuka akaun Tabung Haji:

- Individu beragama Islam, dan
- Warganegara Malaysia atau Permastautin tetap

Simpanan permulaan sekurang-kurangnya RM2.00
Pemohon perlu membawa kad pengenalan atau kad kuasa Polis atau Tentera
Bagi kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun, penjaga perlu membawa surat beranak
Pemilik akaun akan diberi Buku Akaun Simpanan Tabung Haji

Borang penamaan wajib diisi semasa pemohon membuka akaun Tabung Haji. Borang penamaan memudahkan pembahayaran wang simpanan kepada waris sekiranya berlaku kematian kepada pendeposit. Penama adalah terdiri dari waris-waris yang berhak mengikut hukum syarak. Penama boleh dikemaskini mengikut keperluan pendeposit.

Simpanan boleh dibuat dimana-mana cawangan Tabung Haji atau wakil-wakil yang dilantik.

Tabong Haji menyediakan kemudahan pengeluaran wang oleh pendeposit seperti berikut. Pemohon perlu membawa kad pengenalan dan buku akaun Tabung Haji.

- pengeluaran tunai dikaunter Tabung Haji sehingga RM10,000.00 sehari
- pengeluaran cek dikaunter Tabung Haji Negeri atau Ibu Pejabat
- pindah ke akaun bank pendeposit
- pengeluaran melalui mesin ATM Bank Islam dan Bank Rakyat

Dari kreteria-kreteria diatas, saya berpendapat bahawa Tabung Haji adalah pilihan terbaik untuk menyimpan wang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari website TH

8 comments:

izul said...

assalamualaikum...sy nak tnya bbrpa soalan...

masa sy umo 12 taun,ayh sy buka akaun utk sy mnggunakn ic ayah sy n letak nama sy pada bku akaun...

soalan sy:bole x akaun sy tukar ic ayh sy kpd nama sy????

soaln kedua:sy dah lma berurusniaga dgn TBUNG HAJI sjak mula bukak akaun tahun 2000,adkah akaun sy terus beku xleyh guna lagi???

email kpd sy:gabanx_hanamashi@yahoo.com

cdanhash said...

sila rujuk kpd TABUNG HAJI berkenaan dgn pertukaran nama/ic acc tu...

sejauh yg saya tahu acc TH tidak dibekukan walaupun tidak di top-up...

Pakcik Kayo said...

slm,
sy plan utk buat simpanan di tabung haji...
berapakah interest untuk simpanan sekarang bg setiap thn?

edzs said...
This comment has been removed by the author.
edzs said...

Salaam. i intend to open akaun dgn tabung haji for kids. so, automatically saya akan jadi penjaga kpd akaun2 tersebut sedangkan suami saya seorg foreigner.
in the event saya meninggal apa akan terjadi kepada akaun anak2 saya dan bolehkah suami pula yang menjadi penjaga akaun2 tersebut.
Terima kasih.

fahmy said...

asalamualaikum....saya wan dr ipoh...mcm mana nak semak acc melalui web...terima kasih

fahmy said...

asalamualaikum....saya wan dr ipoh...mcm mana nak semak acc melalui web...terima kasih

imrannarmi said...

1. macam mana nk semak akaun simpanan semasa dlm TH menggunakan website?
2. mcm mana nak transfer duit dari cimb ke TH?