Saturday, May 15, 2010

Maybank - ASB Financing-i


ASB Financing-i

Mungkin ramai yang sudah mengetahui dan sudah pun membuat pinjaman ASB dan mungkin ada juga yang belum berbuat demikian. Apa yang menarik yang akan saya kongsikan disini ialah berkenaan dengan pinjaman ASB Maybank, ASB Financing-i

Diantara yang menariknya ialah:

1. Pinjaman secara Islamic
2. Tempuh bayaran balik yang panjang - 25 tahun
3. Individu yang berumur 18 tahun keatas
4. Pinjaman dari RM10,000 sehingga RM400,000, tertakluk kepada had yg dibenarkan oleh PNB
5. Kadar faedah pinjaman BLR-1.65%
6. Tidak memerlukan slip gaji jika pinjaman dibawah RM50,000

Untuk maklumat lanjut sila lawati web Maybank2u.com

Jaduan bayaran balik boleh dilihat disini

Dari jaduan bayaran balik, pinjaman sebanyak RM50,000 untuk tempuh 25 tahun, bayaran bulanannya sebanyak RM270 (tidak termasuk insuran). Ada beberapa kaedah pembayarannya. Mari kita banding-bandingkan:

A. Membayar ansuran bulanan setiap bulan sehingga tamat tempuh 25 tahun

Ansuran bulanan RM270 x 12 bulan x 25 tahun = RM81,000
Pulangan dividen ASB @ 7% x RM50,000 x 25 tahun = RM87,500

Pada tahun ke-26, sijil ASB RM50,000 adalah milik anda bersama dividen terkumpul RM87,500, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM137,500, dengan bermodalkan RM81,000. Anda telah membuat keuntungan sebanyak RM137,500 - RM81,000 = RM56,500, iaitu sebanyak 69.75%

B. Membayar ansuran tahun pertama dari wang gaji/sendiri, ansuran tahun berikutnya dibuat dengan wang dividen ASB

Ansuran bulanan tahun pertama RM270 x 12 = RM3240
Pulangan Dividen tahun pertama @ 7% x RM50,000 = RM3500

Dividen ASB mencukupi untuk menjelaskan bayaran ansuran tahun berikutnya. Masih berbaki sebanyak RM260. Ditahun ke-26, anda akan menerima sijil ASB RM50,000 bersama lebihan dividen terkumpul sebanyak RM260 x 25 tahun = RM6500, menjadikan jumlah keseluruhannya RM56,500, bermodalkan RM3240. Jumlah keuntungan RM56,500 - RM3240 = RM53,260 bersamaan dengan 1643.82%

Tahun berikutnya gaji B kembali normal, beliau menggunakannya untuk pinjaman kedua, juga sebanyak RM50,000. Beliau menggunakan kaedah yang sama. Tahun ketiga dan keempat B membuat pinjaman ketiga dan keempat. Jumlah pelaburan ASB beliau sekarang meningkat kepada RM200,000 (had maksima pelaburan)

Untuk keempat-empat pinjaman, B cuma membayar ansuran RM270 sebulan, selama 4 tahun. Jumlah wang yang dikeluarkan dari wang gaji ialah RM270 x 12 bulan x 4 tahun = RM12,960. Setelah pembayaran selesai 26 tahun akan datang, B akan menerima sijil ASB RM50,000 selama 4 tahun berturut-turut, menjadikan jumlahnya RM200,000, dicampur dengan lebihan dividen RM260 sebulan x 4 x 25 tahun = RM26,000, menjadikan jumlah keseluruhannya RM226,000. Peratus keuntungan B sebanyak 1643.82%

Long term plan - rancang persaraan anda.....

Nota: Angka-angka diatas adalah berdasarkan jadual pembayaran balik dengan kadar BLR 5.8% - 1.65% = 4.15%. Dividen ASB sebagai andaian @ 7% setahun.

5 comments:

Ady_Kent said...

kiraan kat atas tu (bayar pinjaman dgn duit sendiri tanpa mengeluarkan dividen) adalah silap. nilai dividen itu sendiri akan meningkatkan jumlah 'present value' pada tahun kedua dan seterusnya. kiraan faedah ke atas faedah akan berlaku pada tahun kedua dan seterusnya.

kiraan yang betul adalah
= 50,000x(1.07)^25
= RM 271,371.

keuntungan = 271,371 - 81,000
= 190,371 (235%).

Ady_Kent said...

* kiraan kedua juga silap, tapi kiraan sebenarnya agak rumit kerana dividen telah digunakan.

GilLer GemPaQ GlaBaaH~! said...

Habis tu.kiraan yg x silap mcm mana?

GilLer GemPaQ GlaBaaH~! said...

Habis tu.kiraan yg x silap mcm mana?

peTT said...

tu ler pasal, sng cite yg 1st calculation x kira compounded interest, yg 2nd kira pulak (walaupon slh)..byk savings calculator online. Kira jer kt sana.