Tuesday, August 24, 2010

Maksimakan ASB Dengan RM284 Sebulan

Maybank menawarkan pinjaman ASB yang agak menarik. Ini adalah kerana tempuh pembayaran baliknya sehingga 25 tahun atau sehingga umur 60 tahun. Tempuh pembayaran balik panjang bermakna bayaran ansuran bulan menjadi rendah.

Dengan peruntukan sebanyak RM284 sebulan, anda boleh gunakan untuk membuat pembayaran balik bulanan keatas loan ASB RM50K. Sila lihat jadual pembayaran balik disini.

Mari kita lihat pengiraan ringkas simpanan @ pelaburan ASB melalui loan Maybank:
Jumlah pinjaman: RM50K
Tempuh bayaran balik: 25 tahun
Bayaran bulanan: RM284 sebulan

Pembayaran balik setahun RM284 x 12 bulan = RM3408
Pulangan dividen @ 7% x RM50K = RM3500
- dividen mampu untuk membayar balik ansuran untuk tahun ke-2
- gaji anda akan kembali normal di tahun ke-2
- akhir tahun, buat loan ke-2 sebanyak RM50K
- buat loan ke-3 dan ke-4 untuk tahun-tahun berikutnya
- sebelum buat loan ke-4, keluarkan baki didalam buku ASB ketempat lain (ASW, TH dsb)
- ini untuk membolehkan loan ke-4 RM50K masuk ke akaun ASB anda - harap maklum bahawa maksima pelaburan ASB untuk seorang pelabur ialah sebanyak RM200K

Ringkasan:
- Bayaran bulan sebanyak RM284 sebulan untuk tempuh 4 tahun
- ASB anda berjumlah RM50K - tahun pertama, RM100K - tahun kedua, RM150K - tahun ketiga, RM200K - tahun keempat
- Dividen tahun pertama RM3500, tahun kedua RM7000, tahun ketiga RM10,500, tahun keempat RM14,000
- Tahun kelima gaji anda akan kembali normal, keempat-empat loan dibayar dengan dividen ASB

Dengan andaian dividen ASB 7% ditahun kelima, dividen yang bakal diperolihi ialah sebanyak RM200K x 7% = RM14,000 setahun.

Dengan andaian bayaran balik pinjaman sebanyak RM284 sebulan untuk keempat-empat loan, bayaran balik sebanyak RM284 x 4 = RM1136 sebulan atau RM12,632 setahun.

Pengiraan diatas adalah sebagai contoh, anda boleh memilih jumlah pinjaman mengikut jumlah pembayaran balik yang anda mampu. Jika akan memilih pinjaman sebanyak RM40K, ia memerlukan tempuh 5 tahun untuk memaksimakan ASB anda.

Teruskan menyimpan aka melabur.....

Nota: Angka-angka diatas adalah andaian sahaja. Sejauh ini dividen ASB tidak kurang dari 7% setahun. Faedah pinjaman dari bank juga akan berubah-ubah dari masa kesemasa mengikut kadar blr semasa. Kadar pinjaman ASB Maybank sekarang ialah BLR 6.3% - 1.65% = 4.65%

11 comments:

mirash said...

bagus jugak cadangan ini... tapi ini untuk jangka masa panjang. saya nak mintak pendapat encik... saya nak buat loan ASB RM 100K... dan cadang nak terminate dalam masa 3 atau 5 tahun. Agaknya boleh tak encik tolong saya membuat kiraan berapa keuntungan yang saya dapat dan bayaran bulan2.

cdanhash said...

janganlah berencik2 bang...
sila lihat repayment table dlm entry diatas....
loan ASB RM100K Maybank
tempuh 25 thn
bulanan rm566

- pembayaran setahun rm566 x 12 = rm6792
- dividen @ 7% x rm100k = rm7000

1. TEKNIK TRADISIONAL
pembayaran dgn wang sendiri sepanjang tempuh 3/5 thn:
- pembayaran rm20,376(3 thn), rm33,960(5 thn)

dividen tidak diusik/dibiarkan dlm acc ASB sepanjang tempuh:
- rm22,504.30(3 thn), rm40,255.17

principal dikembalikan oleh bank:
- principal dikembalikan rm7769.16(3 thn), rm13,441.10(5 thn)

2. TEKNIK BAYAR THN PERTAMA SAHAJA, bayaran thn2 berikut dgn dividen

- pembayaran setahun rm566 x 12 = rm6792
- dividen @ 7% x rm100k = rm7000

dividen dikeluarkan/diguna utk bayar ansuran thn ke-2 dan berikutnya:
- dividen rm21,00(3 thn), rm35,000(5 thn)

principal dikembalikan oleh bank:
- principal dikembalikan rm7769.16(3 thn), rm13,441.10(5 thn)

dividen + principal dikembalikan - pembayaran = keuntungan

teknik ke-2 kurang membebankan dan tersangatlah sesuai utk tempuh panjang... modal rm6792, pulangan rm100k, 25 thn akan datang....

cdanhash said...

bang mirash....
untuk tempuh 5 thn, dgn EasyRHB ansuran bulanan lebih rendah RM450.14 (int sahaja utk 5 thn pertama), bermakna tiada principal dikembalikan... sila lihat entry den sebelum ini....

Dr^Waqipedia said...

salam bang cdanhash,

ingin bertanye, berkait dengan komen di atas.

saya difahami bahawa utk jangka masa pendek iaitu utk 5 tahun, adalah lebih baik dari Easy RHB kerana 'Interest only
repayment for
first 5 years (RM)' adalah rm450+ jika berbanding dengan Maybank iaitu RM629 (untuk 20 tahun pinjaman sebanyak RM100,000).

tetapi jika masa panjang iaitu tahun ke 6 dan seterusnya, EasyRHB tidak sesuai kerana bayarannya meningkat kepada RM677 berbanding Maybank. Adakah itu maksud abang scdanhash?

maaf, saya baru bertatih dlm investment ASB, gold dan property =)

cdanhash said...

w/salam bang Dr^Vikipedia...
utk loan jangka pendek (5 thn), kedua2nya sesuai (Maybank, EasyRHB)...
ada kelebihan/kekurang masing2...
- EasyRHB, byr int sahaja (rendah), pulangan dividen sahaja
- Maybank, byr principal + int, byr tinggi, pulangan dividen + principal

utk jangka panjang, Maybank lebih menarik...

Dr^Waqipedia said...

Thanks cdanhash =) it really helpful

MD ASM said...

salam..macam mana nk kira principal tue. cth:

principal dikembalikan oleh bank:
- principal dikembalikan rm7769.16(3 thn), rm13,441.10(5 thn)

harap dapat jelaskn.tq

MD ASM said...

salam..macam mana nk kira principal tue. cth:

principal dikembalikan oleh bank:
- principal dikembalikan rm7769.16(3 thn), rm13,441.10(5 thn)

harap dapat jelaskn.tq

ikhram noor said...

salam..nk tnye..bayaran y kite bayar bulan2 kt bank tu dpt blk kt kite ke ??

Angela Davids said...

TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)

Adakah anda seorang ahli perniagaan atau wanita? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan mendapati sukar untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Christiana Anderson Firma Pinjaman adalah jawapannya. Kami menawarkan;

a) pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
b) Perniagaan Mula-up dan pendidikan.
c) penyatuan hutang.
d) Pinjaman Wang Hard.

Walau bagaimanapun, kaedah kami yang kemungkinan untuk menandakan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui: angeladavidsloan@gmail.com

Matilda Blake said...

Memohon pinjaman convinent anda

Adakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? Adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Angela Davids Loan Firm adalah jawapannya. Kami menawarkan;

* pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
* Business Start-up dan pendidikan.
* penyatuan hutang.
* Pinjaman Hard Money.

Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga tempoh yang anda mampu untuk melengkapkan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 5-7% bergantung kepada pinjaman jenis pf. Ini memberikan peluang yang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui: matildablakeloanfirm@gmail.com atau hubungi perkhidmatan pelanggan kami pada +14158892524