Saturday, August 22, 2009

Simpanan Tetap

Simpanan Tetap atau Fix Deposit adalah salah satu produk dari bank. Dengan simpanan tetap penyimpan memperolihi pulangan yang lebih baik dari menyimpan melalui Akaun Persendirian. Pulangannya adalah berbeza-beza diantara satu bank dengan bank yang lain. Begitu juga dengan kadar faedah yang berbeza-beza mengikut tempuh simpanan tersebut dibuat, mithalnya tempuh 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan, 18 bulan, 24 bulan dan seterusnya. Keseluruhannya Simpanan Tetap memberi pulangan dalam lingkungan 3.5% setahun.

Walau bagaimana pun Simpanan Tetap menetapkan jumlah simpanan minima, sebagai contoh penyimpan dikehendaki mendepositkan sekurang-kurangnya RM5,000.00. Simpanan ini pula tidak boleh diluarkan sebelum tempuh matang. Ini salah satu sebab mengapa Simpanan Tetap kurang mendapat perhatian para penyimpan.

Kaun Cina dan India yang banyak membuat simpanan melalui Simpanan Tetap. Ini adalah kerana Simpanan Tetap memberi pulangan yang lebih baik dari simpanan melalui Akaun Persendirian. Tambahan pula mereka tiada ada peluang untuk menyimpan melalui Tabong Haji atau melabur melalui ASB.

Sungguh pun begitu, Simpanan Tetap mempunyai keistimewaannya tersendiri. Peniaga dari kaum Cina khususnya menggunakan Sijil Simpanan Tetap sebagai cagaran untuk mendapatkan kemudahan credit melalui Over Draft. Credit dari Over Draft digunakan untuk sebahagian dari modal perniagaan atau sebagai back-up kepada perniagaan mereka. Over Draf mengenakan faedah yang rendah keatas baki credit. Ada diantara peniaga yang mempunyai rekod pembayaran yang baik dapat pula menikmati kemudahan credit Over Draft dua atau tiga kali ganda dari nilai Simpanan Tetap mereka.

Pandangan saya Simpanan Tetap sesuai untuk para peniaga yang mana ianya digunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan kemudahan credit Over Draft. Simpanan Tetap tidak sesuai bagi penyimpan yang jumlah simpanannya kecil.

3 comments:

Maz said...

tapi bagi saya kecil atau besar amaun tu tak penting...jgn ada sifat suka menangguh kerana kalau nak tunggu amaun yg banyak alamatnyer asyik tak cukup banyak la tak sempat simpan habis gune berbelanja...

klu sudi follow la blog saya hatimamaz.blogspot.com

Temporary.Life said...

BLH mencelah sikt tak?
macam mane pengiraan untuk kadar keuntungan tersebut?
1bulan dengan 3bulan, bezanya cuma 0.5%.. so kalau ikut lojik mestilah 1 bulan, then renew every month, lagi untungkan...
tapi knape plak ramai org tak buat kan..
erm...
kalau betul lah berkesan, boleh chiter tak cara pengiraan pembahagian keuntungan selepas tempoh matang...

Kak hana said...

Lg more untung dari simpanan biasa

Www. Organichana. Com